Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - Feature , social concern - TITI KEDUA P PINANG SIAP 2013


Dua tahun lagi (2013) pakat-pakat mai Penang,   pekena nasi kandar, mee udang atau pasembor sambil jalan2 atah titi baru. Kalau hang pa mai Penang dari Ipoh atau Selatan elok terus cuba titi Pulau Pinang yang kedua tu. Masa tu dah buka, dah siap dah boleh lalu. Titi ni lebih panjang daripada titi yang dok ada la ni. Dulu depa pakat nak buat titi kedua ni kerana titi yang dok ada tu jam memanjang.. tiap-tiap hari . 
Tapi la ni, sejak dah dibuat tiga lane sehala, tak lah jam pun ataih titi dok ada tu. Kecuali ada eksiden. Saya dok berulang Kepala Batas ke Komtar pun dalam 35-40 minit je. Deraih dah. Buka Titi kedua tu lagi tak dak kete, tapi ye ler projek jangka panjang katakan .
Titi baru tu katanya lebih panjang iaitu 23.5 km (berapa ringgit tol tu) banding dengan titi sekarang dalam 13.5 km je. Lebih panjang 10 km. Titi baru ni dok kawasan Batu Kawan .i
Bercakap pasal titi ni, teringat saya masa mula buka titi yang dok ada la ni. 
Titi Pulau Pinang ni mula dibuka pada 14 September 1985 utk kenderaan awam. Sebelum tu, semua kereta, lori maupun orang kena naik feri kalu nak seberang d Tanjong.
Titi ni mula dicadang pembinaan sekitar 1970an oleh PM masa tu arwah Tun Abdul Razak Hussein, bapak DS Najib lah. yang rasmi Tun Dr Mahathir Mohamad, dia PM masa siap. Hak baru ni tentu Najib lah pulak..
Pada 23 Julai 1981, masa tu Datuk Seri  S Samy Vellu, selaku Menteri Kerja Raya mengumumkan jambatan Pulau Pinang akan mengikut konsep  San Fransisco Golden Gate Bridge. tahun 1982, iapun mula dibina dan pada 3 Ogos 1985 dirasmikan Tun Dr Mahathir.
Ingat lagi saya, masa tahun 1985 tu jugaklah keta Malaysia dikeluarkan. Bangga sungguh Dr Mahathir pandu Proton Saga lalu atas titi tu.
Dr M,  Tun Lim Chong Eu  dan Samy Vellu ketika  perasmian
Mengimbau kembali sejarah titi, pada tahun 1950-an, seorang lelaki  melontarkan idea membina titi merentasi Pulau Pinang ke Butterworth. Masa tu, ramai kata ide tak masuk akal.
Lelaki itu ialah Tun Dr Lim Chong Eu. Sebanyak 648km cerucuk diguna untuk membina titi itu dan ia dibina untuk mampu menahan gegaran sehingga bacaan 7.5 skala richter. Titi itu direka oleh anak jati Pulau Pinang , jurutera geoteknik mendiang Tan Sri Prof Chin Fung Kee. Ketika itu beliau juga TNC Universiti Malaya.
Titi kedua ini bernilai RM4.5 bilion ini dijangka siap ikut jadual pada November 2013. Ia menghubungkan melalui Batu Kawan dan Batu Maung.
Sehingga akhir Mac, sebanyak 47.55 peratus pembinaannya siap. Ia mula dibina pada 2008 atas usahasama  China Harbour Engineering Company (CHEC) Ltd dan UEM Builders Bhd.

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers