Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - political concern - Harap polis berkas segera Eskay yang mengaku bertanggungjawab


Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah berkata beliau yang bertanggungjawab mempertontonkan video seks — yang menayangkan lelaki yang didakwa melanggan pelacur asing mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau memberitahu The Malaysian Insider, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuiab Lazim tidak terlibat dalam keputusannya mempertontonkan kepada wakil media terpilih 21 Mac lalu.
“Saya bertanggungjawab dan memikul tanggungjawab penuh (ke atas tindakan) mempertontonkan (rakaman video seks). Mengapa saya memilih untuk menayangkan? Saya akan jelaskan di mahkamah," katanya.
Rakaman 21 minit itu dipertontonkan oleh “Datuk T” pada 21 Mac lalu, dan dua hari kemudian Shazryl dan Abdul Rahim bersama Shuiab mengaku bertanggungjawab atas pendedahan video itu.
Laporan media semalam memetik Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata siasatan rakaman video aksi seks itu mengikut Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah telah siap.
Acryl berkata laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya.
“Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah),” kata beliau.
Oleh itu kata beliau, terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula atas arahan Peguam Negara, “kita akan siasatlah.”
Shazryl juga berkata, suruhanjaya diraja bagi menyiasat klip video seks juga diperlukan memandangkan pelaku aksi seks belum dikenal pasti.
“Kami akan lihat dahulu apa yang polis hendak katakan. Kami hendak tahu siapa pelakunya. Kami mahu polis mengenal pasti dan mengesahkan pelaku dan kemudian kami akan memutuskan apa yang kami hendak lalukan.
“Ia bergantung... saya akan biarkan kepada publik untuk putuskan jika mereka mahukan suruhanjaya diraja atau tidak. Ia adalah kepentingan awam,” katanya 
Nampak gaya, dia pulak lebih kuah dari sudu.. mengarahkan polis.. meminta orang ramai tentukan keputusan. Polis kata jam Omega tu tak penting, dia pulak kata penting dalam kes itu. Haru dah mamat ni. blah.. blah blah..

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers