You Are Here:
Home -
political concern
-
SOLAT HAJAT UNTUK KEMENANGAN
SOLAT HAJAT UNTUK KEMENANGAN
Posted by abewa on 4:49 PM //
0
comments
Mursyidul Am PAS, TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, DS TG Abdul Hadi Awang mengarahkan ahli dan penyokong PAS mengadakan solat hajat memohon kemenangan kepada calon PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihan raya negeri Sarawak.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, mereka mengarahkan agar solat hajat ini didirikan secara berkelompok atau bersaorangan pada 14 April ini iaitu hari Khamis malam Jumaat.
"Semua ahli PAS diarah menunaikan solat hajat ini dan memohon kepada Allah agar diberikan kemenangan kepada calon PAS dalam pilihan raya Sarawak ini. Sebaik-baiknya ia diadakan selepas solat Isyak."
Calon-calon PAS yang bertanding adalah Adam Ahid (Sebuyau), Abang Ahmad Kardee (Beting Maro), Abang Eddy (Sadong Jaya), Noraini Hamzah (Muara Tuang) dan Nani Shaari (Tanjung Datu).
KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM
Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.
0 comments