Abdul Taib Mahmud adalah sebuah nama yang begitu sinonim dengan Sarawak. Apabila disebut Taib Mahmud, maka semua mata dan kepala akan teringatkan lelaki kepala putih yang mengaku dirinya sebagai orang paling berkuasa dalam hal ehwal Sarawak.
Memang benar.. kerana Taib adalah Ketua Menteri Sarawak.
Itulah Taib Mahmud, lebih tiga puluh tahun dengan serakusnya menggigit hasil mahsul Sarawak untuk memperkayakan diri, anak-anak, adik beradik dan saudara maranya.
Kenyang. Umpama sang buntal meratah mee kolok.
Ekoran kenyang dan sinonim inilah, maka sekarang pribumi Sarawak mulai menolak Taib. Rata-rata bercakap kurang indah mengenai Taib dan Keluarganya. Namun persepsi negatif rakyat/pengundi hanya pada Taib belum lagi menolak Barisan Nasional.
Inilah pemahaman rakyat Sarawak.. yang berpendirian bahawa BN itu adalah kerajaan dan kerajaan itu adalah BN. Yang bukan kerajaan ialah orang yang mereka undi ke jawatan Yang Berhormat. Mereka boleh disingkirkan tetapi kerajaan tidak boleh dibuang atau disingkirkan atau ditolak.
Ini perkara yang jenuh untuk diperjelaskan kepada rakyat Sarawak. Tempoh sepuluh hari kempen pilihanraya Sawarak bermula penamaan calon 6 April dan pengundian 16 April tidak akan cukup untuk menjelaskannya.
Inilah yang harus difahami. Lantaran itu Taib Mahmud memang bisa dijatuhkan tetapi BN akan menjadi gunung yang sukar ditolak kerana ia kerajaan (sekurang-kurangnya begitulah pegangan rakyat perdesaan/pedalaman Sarawak).
Memang kerana itulah momentum ceramah Pakatan di kawasan Miri, Sibu, Kucing menampakkan sokongan ketara, namun bukan boleh ditafsirkan sebagai undi. Kecuali ia mengambarkan bahawa ada perubahan di bandar, namun di perdesaan masih perlahan dan diselubungi phobia takut kerana selain BN, ia bukan kerajaan.
Dalam menangani kemelut kitab Injil berbahasa Melayu di kalangan masyarakat pribumi Kristian di Sarawak. Taib juga telah menunjukkan sikap angkuhnya betapa dia lebih mengetahui dan berkuasa daripada DS Najib Razak. inilah sifat-sifat Taib.
Semasa merasmikan gereja (dihadiri penganut berketurunan Melanau St Peter/St Paul bernilai RM10 juta di Mukah), Taib berkata: "Saya yang bercakap kepada Perdana Menteri. Saya bagi tahu dia, adalah idea yang bodoh bagi mengecap nombor siri.
"Saya bagi tahunya supaya hentikannya dan dia kata 'baik, saya setuju dan akan menghentikannya'. Jadi dia hentikan cap nombor siri itu.
Begitulah antara kemelut BN dan Taib Mahmud.
0 comments