Najib Razak mulai dilanda kebimbangan ketara ekoran fenomena Mubarak melanda Sarawak, yang memungkinkan tumbangnya BN.
Dato Seri Perdana Menteri mungkin telah hilang keyakinan pada kemampuan Taib mahmud (TS) berasaskan untuk pertama kali dalam sejarah pilihanraya negeri Sarawak akan datang berkampong di Bumi Kenyalang ini.
BN jelas mulai goyah dan tidak yakin dengan keupayaan Ketua Menteri Sarawak dan sedang mengikut gelombang sokongan rakyat Sarawak kepada Pakatan Rakyat di serata tempat khususnya Miri, Sibu dan Kucing.

Mereka bimbang kerana setelah lebih 30 tahun mengabui mata rakyat Sarawak yang dihimpit kemiskinan, yang sesetengahnya terpaksa menadah air hujan untuk air minuman dan berteduh di pondok yang hampir menyembah bumi.
Najib juga mula melihat kehebatan Pakatan terutama Ketua Umum PKR DS Anwar Ibrahim yang berjaya menimbulkan keraguan rakyat Sarawak terhadap Taib Mahmud yang telah mengumpul ribuan juta ringgit kekayaan semasa menjadi Ketua Menteri.

"Ini menyalahi peraturan."
Najib tiba di Kuching untuk kali kedua hari ini dan akan berada di Kucing lima hari. Sebelum ini Najib telah berkempen di Kucing minggu lepas sejak penamaan calon 6 April.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga berada di Sarawak untuk berkempen sejak beberapa hari lepas.
Anwar, yang mendapat sambutan ribuan hadirin di majlis-majlis yang dihadirinya di Sarawak, berkata kehadiran para pemimpin tinggi BN dalam pilihan raya negeri ini, hanya membuktikan BN menghadapi tekanan dna kebimbangan.

0 comments