Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - political concern - Rakyat Sarawak akan nikmati kemewahan jauh lebih baik di bawah PR


Rakyat Sarawak akan jauh lebih mewah berbanding rakyat di Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat, jika menolak BN pada pilihanraya 16 April ini, kata Naib Presiden PKR Azmin Ali.
Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor berkata,  walaupun Selangor, tidak mempunyai hasil bumi sekaya Sarawak, rakyatnya boleh menikmati pelbagai skim secara percuma di bawah program "Merakyat Ekonomi Selangor" (MES).
Bercakap di depan lebih 100 rakyat dari kaum bidayuh di Kampung Rumeh dalam Dun Bau, Azmin berkata, walaupun kerajaan Selangor PR baru berusia 3 tahun, Pakatan Rakyat telah berjaya mengembalikan hak menikmati kekayaan hasil bumi kepada rakyat.
"Baru tiga tahun kita memerintah Selangor (sejak tahun) 2008, hari ini pendapatan negeri Selangor sudah melonjak pada RM1.6 bilion.
"Walaupun kita (kerajaan Selangor) tidak ada petroleum, kita tidak ada gas asli (dan) kita tidak ada balak; tetapi oleh kerana Selangor ditadbir oleh sebuah kerajaan yang amanah, bertanggungjawab dan jaga kepentingan rakyat," ujarnya.
Berbeza dengan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang berkuasa lebih 30 tahun, Azmin berkata BN dan Taib gagal menguruskan kekayaan hasil bumi untuk kepentingan rakyat.
"Sarawak, negerinya kaya (dengan) hasil mahsulnya berbilion ringgit. Bandingkan dengan Selangor, tak ada minyak tapi Sarawak ada minyak."
Justeru katanya, rakyat seharusnya berpadu mencipta sejarah pada hari buang undi, iaitu pada 16 April ini dengan menolak kesemua calon BN.
"Jangan lagi diperkudakan oleh BN, ajar mereka pada 16 April ini. Kamu bohongi kami (selama) 50 tahun, kamu pijak kami (selama) 50 tahun. Sekarang giliran kami pijak BN," ujarnya.
PKR meletakkan calon di 47 daripada 71 kerusi pada pilihanraya negeri Sarawak.

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers