Malam tadi, selepas menunggu hampir 45 minit, iaitu kira-kira jam 12 malam, maka muncullah wajah mantan boss saya Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Saya dan rakan-rakan sebenarnya menyahut jemputan beliau untuk bertemu pada waktu itu, mengambil kesempatan kehadiran beliau berkempen di pilihanraya Sarawak ini.
Ya saya dan rakan-rakan blogger diketuai Raden Albanjari bersama kru dari Taiping With Love yang telah bermukim di Kucing sejak Selasa, sehari sebelum penamaan calon. Turut sama rakan-rakan terutama TPU (adik Ji) dan Nota Merah (aka adinda Zulfaqar).
Nizar mohon bertemu blogger bagi menzahirkan apresiasi terhadap kerjabuat blogger menyebarkan info melalui alam siber. Maka berceritalah kami selepas ode-ode nasi ayam penyet, laksa sarawak dan mee kari.
Kecewa saya ekoran tiada mee kolok di restoran Sambal yang menjadi pilihan albanjari selepas dipersetujui sama oleh saya. Almaklum paling dekat dgn bajet hotel kami berenam.
Nizar membuka silat menceritakan mengenai kisah kes penamaan calon di Muara Tuang yang sewarjanya dimenangi calon PAS apabila calon BN tidak melengkapi dokumen pencalonan dengan dokumen penyataan perbelanjaan pilihanraya sebelumnya.
Beliau juga bercerita mengenai peluang PAS di lima kerusi yang ditandingi parti. Antara suka dan duka, antara peluang dan ruang, antara menang dan kalah. Antara kebenaran dan mimpi.
Ya senarionya ternyata berbeza. Saya mengamati bait2 ceritanya.. betapa berbeza dan sukarnya dari lontaran politik di Semenanjung.
"Kita tidak begitu disenangi untuk melaksanakan kerjabuat terutama kempen rumah ke rumah. Ada yang mengatakan ia seolah-olah mencabar tuanrumah kerana cuba mengajar mereka membuat pilihan aka tuanrumah tidak pandai membuat pilihan sehingga memerlukan orang luar memilih," kata mantan MB Perak itu.
Pendekatan ini tidak boleh diguna pakai.
Syihir.
Seperkara lagi yang mencuit dan mengerun hati ialah syihir, kata Nizar.
Amalan ini begitu ketara di sini, malahan beliau sendiri melihat kejadian itu berlaku pada calon PAS apabila dikunci mulutnya dari menyampaikan ucapan.
Calon hanya sekadar mampu memberi salam dan kemudian mulut terkumat kamit tak mampu dibuka.
Jam sudahpun melepasi jam 0040 pagi.
Cerita-cerita terus memanjang termasuk kes video sensasi yang membabitkan DSAI. Corat coret orang Sarawak dan kehadiran yang semakin ramai pada majlis-majlis kempen Pakatan Rakyat, serta pertembungan beliau di UNIMAS dengan MB Perak DS Zambry Kadir.
Beliau berjaya mencuit hati semua apabila berkata," ada orang memberitahunya bahawa beliau (Nizar) lebih tinggi amalannya berbanding Zambry kerana beliau (Nizar) hanya mempunyai tompok hitam yang kecil di dahi berbanding dengan Zambry yang meliputi seluruh diri."
Rakyat di sini mulai sedar bahawa telah lama mereka tertipu. Cuma mereka sendiri dalam dilema kerana bagi orang sini, Barisan Nasional itu adalah kerajaan yang patut disokong kerana ia kerajaan, yang tak wajar disokong ialah calon-calon kerajaan yang tidak melaksanakan kerjanya.
Aduh,,, sukarnya untuk meroboh benteng kepercayaan seumpama itu.
Insyallah ... ada jalannya...
Sebentar kemudian pesananpun tiba dan Nizarpun bersuara bahawa itulah makanan malamnya semangkuk mee kari dan secawan air panas kosong (kemudian beliau memasukkan sachet teh hijau, yang memang menjadi minuman amalan beliau).
Saya memandangnya ,, begitulah pejuang. Sebentar kemudian kamipun bersalaman pada jam 1.30 pagi untuk beredar. Semuga dipertemukan lagi. Insyallah.
-
0 comments