Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - political concern - Rahim Thamby Chik tidak faham Islam.., bekas mufti WP


Nabi Muhammad s.a.w berkata mereka yang terlibat dalam fitnah bukan sebahagian daripada komuniti Islam.

Petikan itu disebut oleh bekas Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Hashim Yahya.
"Adalah sesuatu yang mengarut apabila beliau (TS Abdul Rahim Thamby Chik) mengatakan yang beliau mendedahkan video seks demi kebaikan masyarakat. Ia menunjukkan bahawa beliau tidak faham Islam," kata beliau.
Beliau berkata demikian pada satu forum di Ampang.
Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir pula menekankan bahawa rakaman video tidak boleh digunakan di mahkamah syariah memandangkan soal ketulinan boleh dipersoalkan.
"Tidak pernah video atau foto digunakan sebagai bukti dalam tuduhan berzina. Malah, penggunaan DNA juga tiada konsensus di kalangan ulama.
"Secara peribadi, DNA hanya dibenarkan jika ujian makmal dikendalikan oleh seorang Muslim yang alim," katanya.

Anggota gerakan Saf Anti Fitnah (SAF), Mohd Azmi Abdul Hamid pula berkata, media, khusunya media arus perdana mempunyai peranan besar dalam menghentikan penyebaran fitnah.

"Media seharusnya tidak bersubahat menyebarkan fitnah dan mencetuskan keraguan di kalangan masyarakat Islam," katanya sambil menegaskan bahawa kalangan ulama tidak membisu dalam isu berkaitan video seks (yang didedahkan) tetapi media tidak memberi perhatian pada pandangan mereka.
"Mereka yang membenarkan dan tidak mengatakan apa-apa mengecam fitnah juga bersalah tidur atas katil syaitan," katanya.

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers