Keputusan Pilihanraya negeri Sarawak jelas menunjukkan perubahan pemikiran pola pengundi Cina sehingga hampir menguburkan SNAP dan tersangat mengecewakan SUPP, dengan menyatakan sokongan jelas kepada DAP.
SNAP kalah teruk dan hampir kesemua calonnya hilang wang deposit, manakala SUPP (BN) kalah di enam kerusi kepada DAP.
Ia satu tamparan hebat kepada BN kerana pengundi cina, dayak dan iban jelas memberi sokongan kepada DAP. Lantaran itu ia menimbulkan kemarahan kepada Tan Sri Taib Mahmud yang sepantasnya mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri.
Taib memberi amaran kepada pengundi Cina agar berfikir semula sama ada terus kekal dengan DAP ataupun akan terpinggir. Sekurang-kurang begitulah yang diluahkan dalam temubualnya dengan Bernama di kediamannya selepas BN memenangi PRN Sarawak.
"Mereka perlu membuat keputusan sama ada untuk kekal dengan DAP atau akan terpinggir," kata Ketua Menteri paling lama di Malaysia itu.
Taib juga berkata, kemenangan BN membuktikan rakyat Sarawak tidak terpengaruh dengan budaya politik negatif yang cuba dibawa pakatan parti pembangkang dari luar. Entah apa politik negatif tidak diketahui maksudnya,... mungkin negatif kepada beliau.
"Rakyat Sarawak tidak dapat menerima cara politik yang mengapi-apikan mereka, menimbulkan syak wasangka, perkauman dan cuba menimbulkan rasa takut," kata beliau.
"Saya akan buat Kertas Putih supaya budaya ini tidak berlaku di Sarawak dan kalau yang dah masuk, kita pastikan tidak berterusan. Ini tidak menguntungkan rakyat Sarawak," katanya.
0 comments