Mulanya saya tak berminat nak komen.. tetapi bila dibaca dan baca, rasa menyampahpun timbul.. apa tidak nyer, Kimma mengaku ditawarkan RM50 juta untuk sertai Pakatan Rakyat. Sakan sangat tu sebab Kimaa habuk satu kerusipun takdak.
Depa kata Katak yang dok lompat parti sakan tu pun baru RM1-2juta je.. La dah ada yang abis duit dah.. dok buat bising kot-kot ada sesaper nak ambik depa bertanding PRU13.

Tapi nak cerita pasal Kimma ni: Kata Presiden dia Datuk Syed Ibrahim Kader:
Malah, ketua KIMMA di negeri yang ditawan pembangkang iaitu Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang turut ditawarkan pelbagai imbuhan termasuk projek dan jawatan penting dalam kerajaan negeri supaya menyertai mereka.
“Walaupun ahli KIMMA termasuk saya pernah dihujani tawaran lumayan supaya menyertai pembangkang, tetapi maruah masyarakat India Muslim negara ini bukan semurah itu... maruah kami bukan untuk dijual beli.
Bukan untuk dijual beli..nanti kena lelong baru tau
“KIMMA tidak akan terpedaya mahupun termakan pelbagai janji apatah lagi kami sudah menyokong BN mahupun UMNO sejak dulu lagi. Kami lebih mengenali dan tahu hati budi BN dan UMNO.

0 comments