Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - political concern - Pegawai Tentera yang disebut RPK mula digantung tugas hari ini..

Ini baru dikatakan cekap... terus gantung tugas pegawai tentera selepas RPK dedah dalam TV tiga suku mengenai maklumat yang dibekalkan pegawai itu berhubung kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribu.


Cekap.. sebab maklumlah selepas kira-kira tiga tahun maklumat itu terperap dalam deklarasi bersumpah RPK, terus nak siasat bila keluar tv giler tu. Polis bila lagi nak buat siasatan (pada nama-nama lain dalam SD itu)... polis tentu kena dengan cara dan gayanya pula...


Nampak gaya kes ini akan menjadi interesting semula.. lebih lively atau hidup semula apabila siasatan dibuat, meskipun mungkin akhirnya pegawai itu di mengakukan bahawa maklumat dia silap atau dia silap cakap atau dia tarik balik atau dia cakap orang suruh cakap begitu ataupun dia cakap tak tahu atau tak ingat.


Kementerian Pertahanan hari ini mengesahkan mengantung tugas-tugas rasmi pegawai tentera berkenaan iaitu,  Kol Azmi Zainal Abidin yang didakwa RPK membekalkan maklumat berhubung pembunuhan Altantuya.

najib rosmah and altantuya murder caseBernama dilaporkan memetik Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Azizan Ariffin sebagai berkata pihak tentera sedang menyiasat penglibatan pegawai itu.

"Maklumat yang disampaikan pegawai tersebut kepada RPK adalah palsu dan maklumat itu tidak pernah wujud dalam simpanan pihak tentera," katanya.

Menurut Azizan siasatan pihak tentera mendapati bahawa tindakan pegawai itu melibatkan diri dengan seorang pemimpin pembangkang adalah bersifat peribadi dan tidak mempunyai kaitan dengan ATM.

Beliau berkata siasatan terhadap dakwaan oleh RPK yang dilaporkan akan dilaksanakan dengan secepat mungkin dan sebuah Lembaga Siasatan akan ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan itu.

"Hasil siasatan akan dijadikan asas terhadap tindakan yang akan diambil oleh ATM," kata Azizan.

Kol Azmi adalah orang kedua dalam unit cawangan khas ATM pada tahun 2008 sebelum dipindahkan ke cabang lain. Beliau kini bertugas di Markas Tentera Darat.


0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers