Pakatan Rakyat akan nafikan penguasaan majoriti 2/3 BN di DUN Sarawak, di samping berwaspada untuk mengambil alih kuasa di Sarawak.
Pakatan yakin akan memenangi lebih daripada 24 kerusi yang diperlukan, bahkan menaruh harapan untuk menubuhkan kerajaan negeri Sarawak, kata DS Anwar Ibrahim pada sidang media hari terakhir kempen prn Sarawak hari ini.
Katanya lagi, Pakatan optimis dalam peluangnya memecahkan monopoli kuasa BN di negeri berkenaan.
Namun, Anwar dilihat berwaspada dan mengakui bahawa ia satu usaha sukar apabila ditanya sekiranya Pakatan mampu mengambil alih kerajaan negeri.
Katanya, masalah tidak akan timbul sekiranya pilihan raya itu dijalankan secara bebas dan adil.
Apa yang membimbangkan adalah perkembangan yang akan berlaku dalam tempoh terakhir kempen ini, katanya lagi.
Kempen akan berakhir jam 12 engah malam ini dan pemilih akan mula membuang undi sebaik pusat pengundian dibuka pada jam 8 pagi esok.
0 comments