Media Perdana memang umum menyedarinya sering melaporkan berita dari sumber yang unreliable menyebabkan bahan siaran juga jadi very unreliable. Ataupun reliable source (sumber) but unreliable story kerana ditulis oleh unreliable journalist.
Namun apabila Bernama, sebuah agensi berita memetik dari sources atau sumber, maka ia tidak lagi layak disebut sebagai agensi berita, kerana secara etikanya bahan menjadi unreliable (tak boleh pakai..)
Saya sendiri hampir termakan berita yang memetik Bernama sebagai melaporkan Anwar Ibrahim (di Kapit – wilayah tengah Sarawak) menghentikan ceramahnya secara mengejut setelah beliau disoal tuai rumah panjang mengenai isu video seks dan jam tangan Omeganya.
Terkedu dan terkejut saya.. mana tahu Anwar jadi tension maka dia pun belah.
Mengikut laporan, Anwar, yang bercakap selama 20 minit, ditanya Tuai Rumah Edison Bugap di Melekun, Kapit, mengenai hal itu kerana kononnya penduduk rumah panjang ingin mendengar dari mulut Anwar.
Laporan itu bagaimanapun menyebut Anwar menjadi kurang senang hati dengan pertanyaan itu dan enggan menjawabnya dan secara mendadak kemudian meninggalkan majlis, tanpa terlebih dahulu meminta diri.
Saya harap wartawan Bernama yang menulis hal ini bukan orang Sarawak, kalau dia orang Sarawak, saya minta biar dia di ngap si bedal yang banyak di sungai-sungai di Sarawak itu.
Bagaimanpun kisah sebenar adalah sebaliknya, apabila ada seorang saksi menafikan laporan oleh Bernama itu.
“Apa yang berlaku ialah Anwar menjawab soalan itu dan ia diterima oleh hadirin. Ia satu pemalsuan berita oleh Bernama, yang juga sebahagian jentera BN untuk memalukan Anwar.
“Anwar meneruskan ceramahnya... (dan) Orang itu yang meninggalkan rumah panjang dan bukannya Anwar,” katanya.
Beliau juga mempertikaikan jumlah hadirin di rumah panjang itu adalah 120 orang seperti yang dilaporkan Bernama, kerana menurutnya terdapat 500 hingga 700 hadirin semasa Anwar berucap.
0 comments