Read in between the lines.. begitulah untuk memahami sesuatu isu. Kadang kala sesuatu hujahan atau penafian akan memerangkap diri sendiri.
Begitulah telahan yang dapat dibuat terhadap kenyataan Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin (Adun Kubu Gajah-UBN) semasa sessi perbahasa bajet di DUN Perak.
Hujahannya yang mengatakan bahawa angkara pembangkang (Pakatan Rakyat) yang menyebabkan pelabur takut ke Perak.. sejelas-jelasnya membuktikan bahawa Perak di bawah MB Zambry AK kurang menerima pelabur.
Takkan kerana takutkan Pakatan Rakyat maka pelabur tak jadi melabur di Perak.. ataupun kerana terlalu banyak jerung menyebabkan pelabur lari.
Pelabur menjadi tidak berminat untuk melabur... tidak sepertimana rancaknya permintaan semasa era 11 bulan pemerintahan Pakatan Rakyat sebelum dirampas UBN.
Raja Ahmad Zainuddin berkata antara punca pelabur kini "takut" melabur ke Perak adalah disebabkan oleh gelagat pembangkang yang keterlaluan.
"Ada pelabur takut datang ke Perak kerana takut perangai pembangkang... persidangan ini disiarkan secara langsung dalam internet, eloklah semua boleh lihat sendiri perangai pembangkang," katanya.
0 comments