Siti Aishah Abdul Rahman telah memfailkan saman terhadap pakar paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau "Uncle Seekers" kerana telah bertindak melanggar maklumat peribadi baginda, demikian laporan Utusan Online.
Bekas Permaisuri Agong bertindak sebagai plaintif turut memfailkan saman ke atas bapa kepada Syed Abdullah iaitu Syed Hussein Al-Attas yang dinamakan sebagai defendan kedua.
Tarikh pendengaran interparte telah ditetapkan pada 22 Disember ini di Temerloh, Pahang.
Menurut saman tersebut, Siti Aishah memohon perintah injuksi bagi melarang defendan pertama, Syed Abdullah dan defendan kedua, Syed Hussein untuk tidak mendedahkan sama ada secara lisan atau melalui blog-blog, surat khabar atau wakil-wakil mereka sebarang maklumat mengenai plaintif.
Beberapa portal berita sebelum ini telah memetik laman blog Syed Abdullah yang memaparkan coretan peribadinya berhubung hubungan "cintanya" dengan Siti Aishah sejak beberapa bulan lalu.
Syed Abdullah juga turut memuatkan beberapa keping gambar yang menunjukkan Siti Aishah dan dirinya dalam keadaan yang sangat intim malah beliau berjanji untuk mendedahkan dengan lebih lanjut perhubungan "cintanya" dengan bekas Permaisuri Agung itu.
0 comments