Takbir dan laungan hancur Israel memenuhi ruang tempat letak kereta Lapangan Terbang Zahedan, Iran semasa ketibaan 46 Anggota Rombongan Asian Caravan to Gaza.
Lebih 1,000 pelajar dan orang menanti dengan penuh sabar untuk bertemu dan bersalaman dengan delegasi yang turut disertai alFadhil Ustaz Norazli Musa.
Sebaik delegasi muncul di ruang letak kereta itu, laungan Takbir dan jeritan hancurkan Israel kedengaran penuh bersemangat.
Rombongan delegasi itu kini sedang menuggu delegasi dari Indonesia dan Pakistan tiba di Zahedan untuk berkonvoi ke Esfahan, Tehran dan Tabriz.
Mereka dijadual mula berkonvoi pada 9 Disember.
Daripada jumlah anggota delegasi itu, terdapat juga peserta dari India, Jepun dan Iran.
0 comments