Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - isu rasuah - KHIR TOYO DIHADAP KE MAHKAMAH KERANA RASUAH


Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini (Isnin) atas tuduhan rasuah.
Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan mendapatkan dua lot tanah di Seksyen 7, di sini pada harga yang lebih rendah daripada nilai pasaran.
Mohamad Khir, 45, didakwa mendapatkan tanah tersebut bagi dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di alamat No 8 & 10, Jalan Suara 7/1L, di sini daripada Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni yang diketahui ada hubungan dengan kerja rasminya pada harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah tersebut telah dibeli oleh syarikat tersebut pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.
Mohamad Khir didakwa melakukan kesalahan itu pada 29 Mei 2007, di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7.
Pendakwaan terhadap Mohamad Khir yang menjawat jawatan itu selama lapan tahun dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail manakala barisan pembelaan diwakili peguam-peguam M. Athimulan dan Mohd Afifuddin Hafifi.
Mohamad Khir yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 7 pagi ini, tiba di mahkamah pada pukul 11.25 pagi dalam keadaan tidak bergari dan diiringi beberapa pegawai SPRM.
Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menetapkan jaminan sebanyak RM720,000 dengan seorang penjamin..
Sebelum itu, Khir Toyo ditahan oleh SPRM di pejabatnya di Shah Alam kira-kira pukul 9 pagi.

Pengarah Siasatan SPRM, Mustafar Ali berkata, Khir Toyo kemudian dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam untuk tuduhan.
Tags: isu rasuah

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers