Salam kepada adik kakok di Kelate, terutamo hok dok di Galas.
Saya rasa pengundi Galas dah sedia maklom dengan pengumuman bahawa takdak projek mee segera di prk Galas. Kalu gitu ambo rasa berbuih sakan mulut tok pa dan ku li nak berkempen di Galas... Kalu benar begitu kempen Umno-Bn sekali ni, maka Umno akan kalah di Galas.
Sebenarnya itu strategi Umno-BN untuk kelentong pengundi Galas untuk mengelakkan digunakan isu janji-janji di Manek Urai yang sehingga saat ini banyak belum tertunai. Nampak benar pembohong Umno-BN ini
Kebiasaannnya setiap prk .. Umno-BN akan menggalas berjuta ringgit projek mee segera. Bermula dengan Kuala Terengganu, Permatang Pasir, Bagan Pinang, Hulu Selangor, Bukit Gantang dan di Sibu, kesemuanya ditaburkan ribuan juta ringgit projek mee segera.
Rakyat telah dijanjikan pelbagai perkara daripada rumah sehinggalah jambatan dan jamban. Namun semuanya belum terlaksana dan kini tiba-tiba Galas datang dengan sejumlah janji belum ditunaikan di kawasan DUN berhampirannya iaiitu Manek Urai. Di manakah jambatan yang dijanjikan di Manek Urai?
Najib telah jenuh berteriak janji ke sana sini konon untuk memberi keselesaan kepada rakyat, nak bina rumah dan itu dan ini, tapi rakyat dok takok tu juga.
Janji tinggal janji... dan lantaran tidak ditunaikan di Manek Urai.. rakyat akan dapat melihat dengan jelas betapa temberangnya Najib dan UMNO-BN. Lantaran itulah Ku Li dijemput mengetuai jenteran Umno-BN Galas. Seandainya gagal, maka akan terkuburlah politik Ku Li di Galas.
Kontraktor jalan tentu sudah bersiap sedia untuk mengtarkan mana-mana jalan yang berlubang dan berlopak maupun yang masih elok. Dok dua tiga bulan jalan berkenaan kembali berlopak dan berlubang-lubang kerana semuanya dilaksanakan sekadar mengisi kantung dan menyedapkan mata.
Tok Pa kata Umno tak dah projek segera di Galas? Boleh jadi benar kenyataan itu kerana kerajaan sudah kekeringan kewangan untuk ditaburkan. Pada PRK Manik Urai, Umno menjanjikan empat projek bernilai RM10.4 juta iaitu membaiki rumah rakyat miskin (RM1.5juta), membina jambatan Manikk Urai (RM8juta) Gelanggang sukan di kampung Manjur (RM300,000) dan masjid Temaler (RM600,000).
0 comments