Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - social concern - Ibrahim Ali dilucut gelaran Datuk

Istana Kelantan menarik balik anugerah Darjah Kebesaran (DMSK) yang membawa gelaran Datuk kepada Presiden Perkasa Ibrahim Ali. Nampak gaya tak berapa perkasa mana Datuk Ahli Parlimen Pasir Mas ni sebab...

Dua tiga hari lepas, Tok Him dilaporkan mengadap Tuanku Ismail Petra (ayahanda Sultan Kelantan) dan beliau berkata, Tuanku Ismail kononnya sangat gembira bertemu beliau.

Ibrahim juga dilaporkan berkata, Tuanku Ismail juga sempat berkongsi pengalaman bersama beberapa tahun lepas.

Nampak tak sampai seminggu agaknya, kerana hari ini Istana Kelantan menarik semula gelaran Datuk kepada Ibrahim mungkin sebab terlebih gembira semasa pertemuan itu.

Selain Ibrahim, gelaran kepada bekas setiausaha kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud juga ditarik balik.
Ibrahim mengesahkan beliau telah dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, bahawa DMSK yang membawa gelaran 'datuk' telah dilucutkan.

Pingat itu dikurniakan oleh TuankuIsmail Petra.

"Saya tidak tahu sebab-sebabnya tetapi pada 7 Oktober lalu, saya ada menziarahi Tuanku Ismail di Istana Mahkota. Sejak Sultan Ismail gering dan pulang ke Kelantan, inilah pertama kali saya melawat kerana hubungan peribadi saya amat rapat dengan Sultan Ismail.

Apapun, ia tidak menjadi hal kepada Ibrahim.

Katanya, "ia tidak menjadi hal kepada saya dan saya terima dengan hati terbuka."

"Saya tetap dengan pendirian mempertahankan instiusi raja kerana ia asas perlembagaan negara dan sebahagian daripada budaya Melayu menjunjung kedaulatan raja. Ampun Tuanku," katanya.

Ibrahim bagaimanapuan berkata, beliau masih bergelar 'datuk' kerana mempunyai dua lagi darjah - iaitu DPMS dan DMSM yang diterimanya dari Selangor dan Melaka.

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers