Pekebun getah nampaknya kena berkawal sakan di kebun getah masing-masing mulai malam ini, kalau tidak segala hasil mahsul torehan akan dikebas 'hantu'.
Hantu pasti akan merayau di segenap kebun getah malam ini untuk "mengutip" getah beku. Mungkin juga akan ada yang tetiba rajin menoreh getah.
Begitulah bakal dihadapi 380,000 pekebun kecil di seluruh negara. Mereka bakal menikmati pendapatan lumayan ekoran kenaikan harga komoditi itu ke tahap RM11.90 satu kilogram hari ini.
Tahap harga itu adalah yang tertinggi dalam tempoh 57tahun.
Dengan kenaikan harga komoditii itu, pengeluaran getah dijangka meningkat lebih sekali ganda berbanding masa kini iaitu kira-kira 1 tan sehektar.
Lepas ini, penoreh getah akan memandu proton saga barulah untuk ke tempat menoreh. Pendapatan pekebun kecil kini antara RM2,000 dan RM3,000 akan meningkat ekoran kenaikan harga komoditi itu di pasaran.
-
0 comments