Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - political concern - Buletin Kerajaan Negeri Suara CAT akan tetap diedarkan


Buletin Kerajaan Negeri ‘Suara CAT’ akan tetap diedarkan kepada orang ramai di Kepala Batas walaupun beberapa ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) diganggu oleh ahli UMNO kelmarin.

Pegawai Penerangan, Pejabat Ketua Menteri Haji Anuar Hashim berkata, insiden yang berlaku tidak akan melemahkan semangat ahli Pakatan Rakyat (PR) malah akan meneruskan program yang dirancang oleh Penyelaras KADUN PR.

“Kami tidak akan mengundur diri daripada menyampaikan buletin itu kepada penduduk di sana walaupun menghadapi tekanan daripada UMNO,” katanya pada sidang media di pejabat Ketua Menteri di Komtar, semalam.

Menurutnya, UMNO tidak berhak menghalang pengedaran buletin itu kerana ia hanya menyampaikan maklumat Kerajaan Negeri kepada orang ramai.

“Kenapa UMNO cuba menghalang buletin itu diedarkan kepada orang ramai. Mereka takut buletin ini memberi kesan kepada pembaca di kawasan berkenaan. Oleh itu, mereka cuba mencetuskan provokasi sedemikian,” katanya.

Beliau juga kesal dengan tindakan ahli UMNO yang bertindak luar kawalan kelmarin dengan memukul dan mengugut Ketua Cabang PKR Kepala Batas, Abdul Latif Abdullah ketika mengedarkan buletin di tepi Jalan Perak berhadapan Masjid Jamek Jamiul Badawi.

“Saya percaya individu yang bertamadun tidak melakukan sesuatu perkara di luar batasan seperti mencederakan orang.

"Tindakan itu jelas menunjukkan penyokong UMNO kurang bijak dengan senario politik sekarang,” katanya.

Justeru, beliau menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Zabariah Abdul Wahab menasihatkan penyokongnya supaya lebih berdisiplin dan berhemah.

Sementara itu, Abdul Latif berkata tindakannya mengedarkan risalah di kawasan Kepala Batas bukan berniat untuk mengadakan demonstrasi atau perhimpunan haram.

“Penyokong UMNO salah faham dengan kehadiran kami kerana menganggap saya mahu berjumpa Zabariah untuk bertengkar. Itu adalah satu persepsi yang salah,” katanya.

Kelmarin, Sinar Harian melaporkan pergaduhan kecil berlaku antara ahli UMNO yang berkumpul berhampiran Pejabat Pusat ADUN Bertam dengan Abdul Latif kira-kira jam 5 petang berpunca daripada tidak puas hati mereka terhadap provokasi ahli PKR ketika mengedar buletin berkenaan.

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers