Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - political concern - PIE DAH TAK AFDAL..

Shapei Afdal nampaknyer dah mula mula tak afdal.

Semalam, nampak benor orang kedah dah tolak Pie ketuai negeri yang seketika dipimpin mantan dua PM Tengku Abdul Rahman dan Tun Dr Mahathir. Sebenor Pie gagal merapatkan orang Umno Kedah. Gagal berpakat dengan bekas mantan MB Kedah dan Mukhris. Tahu lah kan, belakang Mukhris tu ada saper dia.

Tentu termalu si Pie... ditolak terang-terangan oleh orang Kedah. Ya ler Pie boleh jadi sepatah haram tak reti sembang cara orang Kedah. Macam ler takdak orang Kedah yang boleh memimpin.. ke mana lak mantan MB Kedah yang rebah ditangan Ustaz Azizan Razak.

Patutlah Azizan kata, depa tak dok Kedah mana tau pasal air... he he

Semalam, pujian kena diberikan kepada wakil pemuda Kedah..Basiron yang seca
ra sopan menolak Shapei. Manalah ada masa orang Sabah nak mai jaga orang Kedah. TENTU Seronok TS Muhyiddin mendengar orang Kedah dah hentam perlantikan Shafie, ye lah semuanya itu tentu rencana Tok Jib.

Awat ler persidangan Umno kali ini nampak benor gelabah nyer .. tak bersatu langsung daripada segi pemikiran dan kandungan ucapan. Pemuda Al Ustaz Khairy KJ dengan masalah keketuaannya yang masih dan sedang menjual "ubat" untuk mencari pengaruh, Wanitanya pula masih terkial2 mencari identiti Melayu yang mau diperjuangkan.

Wakil Penang yang bersempadana dengan Kedah tentu tak seberani orang Kedah nak hentam DS Zahid Hamidi yang jadi ketua perhubungan negeri mereka? Orang Penang hanya berani masa dok jauh-jauh je... depa hormat kalu dok dekat. Macam cerita lawak Mami Jarum tu ler kan.

Heran juga awat ler negeri yang ada mantan PM semuanya kena diketuai oleh orang luar. Penang takda tokoh hebat ke... takkan Reezal Merican, Mamu Kadir Sheikh Fadzir, dan orang kuat kawasan mantan PM Paklah yang dok Penaga, Azhar Ibrahim yang lantang hentam sana-sini tak capai standard Tok Jib untuk memimpin Penang.

Terengganu juga dipimpin orang luar iaitu sepupu Tok Jib. Guane weh ore ganu.. tak gi ke laut ko.. igat ikang kena ambik Tok Mudin jadi tok ghulu. Guano mu dok lok ko tok mudin hok tak reti sepatah harang kecek ganu. Tok Mudin buke makang budu. Pakat2 tohok ke laut lak weh tok mudin tu... ore ganu ramai hok bijok pandai weh...


0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers