Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - isu semasa - Adun MCA rasmi program Tadarus dan khatam al Quran

Tindak tanduk Umno untuk menjatuhkan imej dan kredibiliti PAS menerusi manipulasi isu berkaitan agama dan sentimen Melayu, hanya lebih banyak mendedahkan kejahilan parti itu mengenai pemahaman Islam, kata Naib Presiden Pas Sallehudin Ayub.

Beliau berkata pemimpin PAS telah menunjukkan kematangan dan kebijaksanaan yang mengkagumkan masyarakat, terutama bukan Islam, dalam menangani beberapa isu berkaitan Islam dan Melayu kebelakangan ini.

"Kita tidak mudah melatah, bukan macam Umno yang dibantu surat-suratkhabar yang mereka kuasai dengan memainkan isu-isu agama secara ekstrim dan mengapikan isu perkauman sempit secara tidak bertanggungjawab," katanya.

Sambil mempersoalkan isu yang dibangkitkan Umno mengenai khatib mendoakan kesejahteraan untuk Ketua Menteri Pulau Pinang dan isu dua wakil rakyat bukan Islam memasuki surau dan masjid di Selangor, Sallehudin berkata ia bukan sesuatu yang baru kerana da contoh dan bukti ia turut dilakukan pemimpin bukan Islam dari komponen BN sendiri.

"Sebaik saja berita ini tersiar, pagi-pagi esoknya seorang bekas wakil rakyat BN di Johor telefon saya. Dia kata, ‘YB, this is too much (ini sudah melampau). Saya dulu pun masuk masjid, buat ucapan dalam masjid di kawasan saya. Umno tak kisah pun," Salahuddin menceritakan luahan kecewa bekas wakil rakyat BN itu.

Beliau merujuk isu Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang memasuki Surau al-Huda di Kajang, yang dijadikan bahan utama media arus perdana baru-baru ini. Isu itu dimanipulasi oleh para pemimpin BN dan media kroninya, bukan sahaja di atas dakwaan penghinaan terhadap Islam, malahan dijadikan bahan untuk menyerang pendirian PAS berhubung isu agama.

Salehuddin turut menyebut pendedahan media siber mengenai tindakan seorang wakil rakyat bukan Islam di Parlimen Pontian yang juga memasuki masjid beberapa hari selepas itu.

"Adun Pulai Sebatang, seorang pemimpin MCA, masuk ke masjid rasmikan program tadarus dan khatam al-Quran. Kenapa Umno tak kecoh?" soalnya.

Beliau turut menarik perhatian hadirin kepada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada Mac lalu yang menetapkan bahawa orang bukan Islam dibolehkan memasuki masjid dan surau, termasuk ruang solat.

"Sebab itu rakyat yang rasional jadi keliru (dengan reaksi terlampau para pemimpin Umno). Rakyat tertanya-tanya kenapa Umno seolah-olah orang hilang akal dalam isu ini, kenapa tak rujuk Majlis Fatwa?" soalnya lagi.

Baginya, tabiat buruk Umno itu menyebabkan parti itu semakin ditolak rakyat. PAS pula beliau yakin sedang bergerak dengan serius untuk mengambil tempat Umno dalam memperjuangkan nasib rakyat, terutama bangsa Melayu dan agama Islam.

Tags: isu semasa

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers