Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - social concern - Kematian bekas Adun bukan misteri

Kematian bekas Adun Permatang dengan pembantunya bukanlah satu misteri. kronologi peristiwa dan keadaan kedua-dua si mati menceritakan segala-galanya. Harian Metro dan media Arus perdana menyifatkannnya misteri...
Kenyataan daripada polis yang menyebut bahawa tiada kesan tembakan dari luar kenderaan adalah bukti jelas bahawa tembakan dilepaskan di dalam kereta itu sendiri.

Bukan misteri tetapi biasa lah wartawan media arus perdana tidak mengupas isu ini kerana ia melibatkan dua pemimpin Umno.

Polis berkata, bekas Adun, arwah Aziz ditemui di tempat duduk kereta. Maknanya dia yang memandu. Foto-foto juga menunjukan arwah janda tu dok kat kerusi penumpang depan.

Polis tak boleh kata apa-apa atau buat andaian, kerana polis boleh disalahkan jika buat kenyataan si anu yang tembak si anu. Namun penjelasan polis bahawa saksi2 tak melihat orang ketiga dalam kereta atau keluar kereta itu membuktikan hanya dua arwah itu dalam kereta berkenaan.

Lantaran itu, lihat pula pada kesan tembakan. Post mortem boleh membuktikan tembakan pada siapa dilepaskan terdahulu. Seperkara lagi pistol milik arwah Aziz ditemui dicelah kerusi kereta sebelah mana ? sebelah kanan Arwah Aziz atau ditengah2..

Baiklah semakin hampir untuk mengetahui apa yang berlaku (kecuali ada orang ketiga maka andaian ini mungkin menjadi salah)

Dua das tembakan dikesan di kepala arwah wanita itu, sedangkan Aziz satu das sahaja. Kesan tembakan pada arwah Wanita itu di sebelah kanan kepalanya ertinya di sebelah kiri kedudukan bekas Adun itu. Tak mungkin wanita itu mempunyai kekuatan atau kesempatan menembak diri sendiri dua das.

Arwah bekas Adun itu pula, kata polis ada kesan tembakan di sebelah kanan kepalanya.. sedangkan arwah wanita itu duduk di sebelah kirinya. Tentulah kereta itu hanya terbabas selepas Arwah Aziz terkena tembakan bukan selepas Arwah wanita itu dulu ditembak. Nah buatlah keputusan sendiri.. kerana semua yang di atas ini daripada gambaran yang polis berikan.

Berikut laporan Beirta Harian

Dua tembakan dikesan di sebelah kanan kepala Naib Ketua Wanita Bahagian Tanjung Karang Siti Rohana, manakala satu tembakan pula di kanan kepala bekas Adun Permatang Datuk Abdul Aziz Mohd Nor

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata polis masih menyiasat motif kejadian itu, tetapi tidak menolak kemungkinan seorang daripada mereka menembak pasangannya sebelum menembak diri sendiri.

Beliau berkata, polis menemui sepucuk pistol revolver .38 dengan masih berisi dua peluru, kepunyaan Abdul Aziz, di celah tempat duduk bahagian depan Toyota Caldina yang dipandu bekas ADUN itu.

“Mengikut beberapa saksi, kenderaan itu yang dalam perjalanan menghala ke Utara, hanya dinaiki kedua-dua mangsa dan terbabas ke lorong kanan sebelum merempuh penghadang lebuh raya di sebelah kiri,” katanya ketika dihubungi.

Khalid berkata, pemeriksaan mendapati tembakan itu dilepaskan dari dalam kereta kerana tiada kesan kenderaan itu ditembak dari luar, sebaliknya hanya remuk di bahagian depan akibat merempuh penghadang lebuh raya.

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers