Sebelum itu, Nizar terus tidak mempedulikan arahan Ganesan agar beliau dirujuk sebagai 'Tuan Yang Dipertua.'
Nizar: Terima kasih Datuk Ganesan...
Ganesan: Saya telah beri peluang untuk bahas. Tetapi jika ini berterusan saya akan ambil tindakan. Meskipun nama saya Ganesan, di Dewan ini, jawatan saya adalah Tuan Yang Dipertua.
Nizar: Terima kasih Datuk Ganesan...
Ganesan: Saya beri awak peluang terakhir!
Nizar: Terima kasih Yang berhormat...[meneruskan ucapan]
Dalam ucapannya, Nizar mendakwa RM50,000 digunakan oleh Zambry untuk diagihkan kepada cawangan MCA di Perak. Wang rakyat katanya, digunakan untuk tujuan parti.
Rakannya dari DAP, Nga Kor Ming (Pantai Remis) yang marah dengan pendedahan itu kemudian melabelkan Zambry sebagai 'pelacur politik' yang kemudiannya sekali lagi menggamatkan dewan.
Apabila masa 15 minit yang diperuntukkan berakhir, pembesar suara Nizar dipadamkan, namun beliau terus berucap dengan meninggikan suaranya.
Khusairi Abdul Talib (BN-Slim River) kemudian mula berucap dan dewan menyaksikan dua ADUN berucap pada masa yang sama.
Nizar tidak menghiraukan arahan Ganesan supaya duduk dan tindakan itu memaksa beliau diarahkan keluar dewan.
Namun Nizar enggan berbuat demikian. Bentara hanya berdiri di sebelahnya dan tidak cuba mengeluarkan secara paksa.
Selepas pertikaman lidah kira-kira 30 minit, Nizar dan ADUN Pakatan Rakyat yang lain mengambil keputusan meninggalkan dewan.
0 comments