PAS tidak pula pernah bercakap atau mengkritik agama lain kerana menyifatkannya ia hak masing-masing, namun Soi Lek tiba-tiba sahaja bijak membicarakan hal Islam, malahan merendah-rendahkan martabat Islam.
Hebat sungguh rakan kongsi Umno ini. Ingin sekali dilihat bagaimanakah pandangan Umno yang bersekongkol dengan rakan komponen yang berlainan bangsa dan agama ini, kerana selama ini Umno semaunya menghentam DAP yang bekerjasama dengan PAS dan Keadilan.
Umno sepatutnya menjaga keceluparan MCA dalam hal ini. Jika Umno yang kini dilabelkan MCA sebagai konservatif kerana cuba menyaingi PAS yang ternyata pro aktif Islam, maka benarlah Umno telah bersekongkol dengan seorang yang selama ini rupanya tidak menghormati Islam.
Soi Lek sebenarkan hendak menghentam PAS dan mengaitkan dengan Islam tetapi langkahnya sumbang apabila berkata rakyat tidak harus optimistik bahawa jika PAS memerintah, negara ini akan bebas daripada rasuah dan segala masalah lain akan lenyap.
Kenyataan ini dengan jelas merendahkan martabat PAS, kerana secara tidak langsung ia bererti jika Umno gagal menyelesaikan permasalahan rasuah, maka PAS akan lebih tidak berjaya.
Ketika berucap merasmikan konvensyen Tahunan ke-33 MCA di Alor Setar, Soi Lek memperkecilkan Islam dengan berkata, perlu diingat ada antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam.
Beliau juga berkata di bawah pemerintahan PAS, generasi muda tidak akan mempeduli untuk mempelajari impak ke atas negara yang mungkin menjejaskan keadaan sosial dan pembangunan ekonomi negara.
Beliau juga berkata di bawah pemerintahan PAS, generasi muda tidak akan mempeduli untuk mempelajari impak ke atas negara yang mungkin menjejaskan keadaan sosial dan pembangunan ekonomi negara.
Chua merujuk kepada buku tulisan, Syed Akbar Ali yang berjudul "Malaysia and the Club of Doom", yang mana pengarangnya menyenaraikan beberapa ciri-ciri umum di 57 negara-negara Islam di seluruh dunia.
Ciri-ciri itu termasuk kurang demokrasi kerana terlalu mementingkan agama; mereka mengadakan pilihan raya tetapi pemimpin Islam veteran menikmati kuasa mutlak; mengamalkan monarki mutlak; dan membuat dasar yang tidak setara dengan pembangunan global.
Menurut Chua lagi, tumpuan negara-negara berkenaan adalah lebih kepada agama berbanding pendidikan. Malahan katanya, tahap buta huruf di negara-negara itu begitu tinggi khususnya di kalangan wanita.
Lazimnya juga pendapatan rakyat di negara-negara itu juga rendah, kadar pengganguran tinggi dan negara sentiasa dilanda kontroversi kerana tafsiran undang-undang pemimpinnya yang kebanyakan mereka adalah fundamentalists.
"Walaupun Malaysia adalah negara majoriti penduduknya beragama Islam, kita bernasib baik kerana dasar-dasar sederhana dan pragmatik yang dilakasanakan oleh kerajaan BN,” katanya.
Ciri-ciri itu termasuk kurang demokrasi kerana terlalu mementingkan agama; mereka mengadakan pilihan raya tetapi pemimpin Islam veteran menikmati kuasa mutlak; mengamalkan monarki mutlak; dan membuat dasar yang tidak setara dengan pembangunan global.
Lazimnya juga pendapatan rakyat di negara-negara itu juga rendah, kadar pengganguran tinggi dan negara sentiasa dilanda kontroversi kerana tafsiran undang-undang pemimpinnya yang kebanyakan mereka adalah fundamentalists.
"Walaupun Malaysia adalah negara majoriti penduduknya beragama Islam, kita bernasib baik kerana dasar-dasar sederhana dan pragmatik yang dilakasanakan oleh kerajaan BN,” katanya.
Jelas sekali Soi Lek cuba menjuarai isu, cuba menarik perhatian delegasi MCA dan Cina ke satu arah bahawa Islam akan melemahkan segala struktur termasuk dalam ekonomi dan pendtadbiran negara. Namun sesungguhnya Soi Lek tidak layak menjadi pemimpin dalam masyarakat Malaysia, kerana beliau gagal melihat sumbangan Islam dalam tamaddun dunia dan sebagai agama terbesar di dunia hari ini.
0 comments