Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - political concern - Zulkefli Nordin telah dipecat secara automatik daripada PAS

Seorang ahli politik yang tidak mewakili mana-mana parti adalah umpama seseorang yang tidak mempunyai ideologi yang boleh dikongsi bersama. Jelasnya yang berkenaan adalah mewakili dirinya sahaja... tidak mewakili mana-mana kelompok kumpulan.

Mungkin begitulah yang dirasai kini oleh salah seorang daripada kelompok wakil rakyat bebas yang ada di Parlimen iaitu Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkefli Noordin yang secara tiba-tiba pula mengakui bahawa dia masih ahli Pas.

Mengikut pemahaman, Zulkefli telah isytihar sebagai wakil bebas setelah melompat keluar dari Parti Keadilan Rakyat, jadi tidak timbul lagi isu dia masih ahli PAS. Sebagai seorang peguam, dia tentu arif bab hukum hakam dan perlembagaan PAS.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali Mustafa berkata, Zulkefli bukan lagi ahli PAS sejak beliau menyertai PArti Keadilan Rakyat dua tahun lepas.

Perlembagaan PAS memperuntukkan bahawa seseorang ahli akan hilang taraf keahliannya secara automatik apabila seseorang itu menyertai parti politik yang lain.

Semalam Zulkifli yang kini merupakan anggota Dewan Rakyat yang bebas mendakwa beliau masih merupakan seorang ahli PAS, meskipun telah dipecat PKR Mac lepas.

“Tidak perlu memaklumkan, beliau secara automatik sudah dipecat ” kata Mustafa ketika ditanya sama ada Zulkifli perlu dimaklumkan.


0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers