Parti Keadilan Rakyat (PKR) merasa lucu dengan usaha Umno/BN yang terkini untuk mengaitkan penasihat parti, DSAI dengan agensi perisik Central Intelligence Agency (CIA, malahan menyifatkannya sebagai 'mereka sudah gila'.
Sekurang-kurang begitulah pandangan pemimpin nombor dua PKR.
Berasaskan pada dunia teknologi sesawang yang hebat dewasa ini, cerita ini adalah tidak lebih daripada satu rangkaian planned and planted story yang boleh dijadikan strategi media dalam menimbulkan keresahan rakyat dan mengalihkan tumpuan. Planted story memang very real... at least it looks very real. Dalam dunia media barat pula, anda boleh memberi ruang to put your news in the newspaper or media.
Jadi dalam kes di atas, ia amat mudah.Mula-mula seseorang tulis sesuatu mengenai siapa sahaja yang dia kehendaki or mungkin diupah menulis sedemikian. Kemudian seseorang journalist atau wartawan akan menulis berita itu untuk siaran dalam media. Ada kemungkinan besar slot berkenaan juga dibeli untuk memuatkan paparan dalam blog berkenaan.
Maka kerana itulah blog berkenaan tidak dikenali umum, kerana blog itu mungkin dibina untuk tujuan berkenaan ataupun mungkin blog yang dormant lalu dihidupkan agar menampakan blog itu sudah lama exist. Tmabahan tiada apa maklumat mengenai penulis atau blog berkenaan mengikut laporan media alternatif yang menjalankan siasatan melalui pelbagai enjin carian.
Pemimpin Umno dan media menuduh Anwar sebagai agen Amerika dan Yahudi, tetapi juga memetik tulisan bahawa CIA dan Mossad ingin membunuhnya. Mereka sudah gila," kata Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali melalui Twitter.
Mingguan Malaysia, telah menyiarkan satu berita mengenai seorang blogger dari New York, bernama "Elaine Meinel Supkis" yang tidak dikenali umum yang menuduh Anwar adalah "agen CIA" dalam blognya.
Walaupun suratkhabar tersebut menggambarkan blogger itu sebagai "seorang yang menonjol", namun tiada sebarang maklumat tambahan yang dapat diperolehi daripada siasatan Harakahdaily pada beberapa enjin carian mengenai nama penulis mahupun blog miliknya.
Namun begitu, perkara tersebut memanah sudah dihidu pemimpin Umno yang mendapatinya berguna untuk menghentam Anwar berdasarkan laporan tersebut, Menteri Datuk Seri Rais Yatim, dengan mudah menelan dan yakin laporan blogger tersebut adalah siasatan yang secukupnya. Mudah..
Diharapkan penulis blog berkenaan mempunyai asas-asas yang menyokong dakwaan tersebut, tetapi saya percaya apa yang diterbitkan itu tentulah sudah disiasat oleh penulisnya dan bukan hanya tulisan kosong," kata Rais.
Manakala, Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein pula enggan mempercayai sebarang hujah mengenai keakraban Anwar dengan CIA, tetapi beliau memberikan amaran bahawa kerajaan akan mengambil tindakan terhadap Anwar, sekiranya terbukti, Anwar adalah ancaman kepada keselamatan negara.
Pengarah Strategik PKR dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua tidak menolak kemungkinan bahawa ada satu perancangan oleh kerajaan untuk menahan bekas Timbalan Perdana Menteri itu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, ISA.
"Utusan-Umno semakin bodoh. Siapa-siapa, minta tolong hantarkan kepada Najib Razak, seorang propagandis yang lebih cerdas. Bukan ke kontrak APCO telah dipanjangkan?" selorohnya.
0 comments