Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - political concern - RPK SAYS...

Raja Petra Kamarudin

Bukan mudah untuk mengekstradisi seseorang dari UK, sekalipun orang itu ialah seorang pengganas dan berbahaya kepada masyarakat dan menjadi satu ancaman kepada keselamatan negara. Dan saya hanya seorang yang tidak bersalah dan tidak membahayakan sesiapa yang melindungi pemimpin-pemimpin yang rosak dan ahli-ahli politik yang menguasai koridor-koridor kuasa yang menyalahgunakan kuasa dan hak mereka.

Jadi, adakah anda fikir anda boleh mengekstradisi saya dari UK? Baiklah, kenapa tidak cuba?

Masalahnya ialah, puak-puak Umno ini fikir bahawa mereka di atas undang-undang dan mereka boleh menunaikan kehendak mereka kepada sesiapa yang mereka hajati tanpa menghiraukan undang-undang. Ketika saya katakan dalam ucapan saya bulan lepas: datang dan dapatkan saya di sini di UK. Di UK kami mempunyai perlawanan yang seimbang. Anda tidak boleh mengalihkan tiang gol ketika dalam permainan seperti anda lakukan di Malaysia.

Sekarang mereka tidak boleh dapatkan saya mereka cuba untuk mengugut dan menakutkan rakan-rakan saya. Mereka harap dengan menakutkan mereka yang masih berhubung dengan saya mereka boleh mengasingkan saya. Dan dalam keadaan saya bergantung kepada bantuan kewangan daripada mereka maka saya kini boleh diramas.

Mereka juga mencuba untuk mengugut peguam. Mereka mahu Jabatan Hasil Dalam Negeri menyiasat peguam-peguam untuk melihat dari mana wang mereka datang dan sama ada mereka telah mengisytiharkan pendapatan dan membayar cukai. Mungkin mereka fikir kerana itu satu-satunya cara kerajaan AS menangkap Al Capone iaitu melalui pengelakkan cukai dan kemudiannya mereka mencuba kaedah ini pada peguam-peguam dan lihat apa yang akan terjadi.

Hei, tidak perlu siasat peguam. Peguam-peguam ini tidak membayar segala perbelanjaan penyiasat persendirian P Balasubramaniam di London. Saya, bersama dengan Deepak Jaikishan yang telah memberi Bala RM750,000 sehingga kini.

Malah, saya membayar perbelanjaan Bala secara tunai bukan sahaja di depan semua peguam tetapi juga beberapa saksi lain. Saya hanya mahu ia dicatatkan yang Raja Petra Kamarudin membayar untuk perjalanan Bala ke London dan Paris -- jadi tidak perlu untuk mengacau orang lain.

Bagaimanapun, jika ada orang lain membiayai Bala dan / atau saya ? Itu bukan satu jenayah. Sekalipun mereka bertemu saya (dan / atau Bala) berada di London ini, ia juga bukan satu jenayah. Apa yang saya dengar? Saya Blogger fugitif?

Hello, bila saya pernah dituduh atas sebarang jenayah? Tidak ada apa-apa pun dakwaan ke atas saya. Saya telah dibebaskan bukannya diberi pelepasan lah, brader!

Polis turut berkata mahkamah telah mengeluarkan dua waran tangkap terhadap saya. Untuk jenayah apa? Apa tuduhan-tuduhannya? Mereka juga berkata mereka pernah meminta Interpol mencari saya. Satu usaha memburu telah dilancarkan, kata mereka. Yakah?

Jadi, saya telah bercakap dengan Interpol dan mereka mengatakan: itu tidak betul. Dan jika anda memerlukan pengesahan anda boleh pergi di sini:

Satu semakan dengan Scotland Yard turut mendidedahkan perkara sama. Jadi usaha memburu apa? Waran tangkap apa? Blogger fugitif apa yang mereka cakap? Jadi mengapa ia menjadi kesalahan, untuk sesiapa untuk menemui saya di UK ini? Dan apa kesalahannya sekalipun mereka memberi saya wang?

Sekarang, Bukit Aman telah menggodam e-mel saya dan memuat turun semua surat-menyurat saya dan sedang menggunakan itu untuk menangkap saya. Adakah itu bukan satu jenayah? Dokumen-dokumen yang dikatakan oleh MP Zahrain Hashim telah serahkan kepada pihak berkuasa, ialah sebenarnya butiran e-mel saya yang telah mereka ceroboh masuk. Mereka kemudian mengubah e-mel tersebut untuk membuktikan sesetengah orang telah memberi saya wang.

Pertama, menggodam e-mel saya ialah satu jenayah. Kedua, memalsukan e-mel saya untuk membuat bukti terhadap saya satu jenayah. Jadi siapa penjenayah di sini? Saya, atau Zahrain dan pembantu-pembantunya di Bukit Aman?

Dan apa sebenarnya Zahrain lakukan dengan berpakat dengan Bukit Aman? Mereka memberinya kandungan e-mel saya yang telah dipalsukan. Kemudian dia memberikan kembali dokumen-dokumen itu kepada polis dengan cara seolah-olah dia terjumpa secara kebetulan dan menyerahkannya kepada polis sebagai bukti.

Main wayang. Kerja budak sekolah.Pastinya, cetak e-mel saya. Gunakan itu sebagai bukti terhadap saya. Kemudian jelaskan bagaimana anda berjaya menggodam e-mel saya untuk mendapatkan ini apa yang dipanggil bukti. Ingat apa yang telah terjadi kepada Presiden Nixon dan pasukan pecah-masuk Watergate? Pancarkan kandungan e-mel saya dan biar kita melihat Googlegate meletup. Saya akan memfailkan satu aduan rasmi kepada Google yang kerajaan Malaysia menggodam e-mel saya dan telah secara terbuka mengakui melakukannya.

Mari Zahrain. Ceriakan hari saya. Dedahkan semua dokumen-dokumen yang anda miliki -- kandungan e-mel saya yang diubahsuai. Saya juga menunggu untuk memalukan anda dengan beberapa perkara peribadi anda di UK ini. Oh, dan ya, saya juga memantau pergerakan-pergerakan anda semasa berada di sini. Dan saya mempunyai sedikit kejutan menanti anda.

Orang yang hidup dalam rumah kaca tidak harus melemparkan batu, kawan. Ingat Kevin Morais, pendakwa SPRM yang berusaha untuk mengenakan peguam Rosli Dahlan? Dan ingat kami jejakinya hinggalah ke rumah kekasih gaynya di sini di UK? Untuk makluman, Kevin ialah 'wanita' dalam perhubungan ini. Jadi tiada siapa yang selamat, kawan. Anda terlalu mempunyai banyak najis. Dan kami juga telah menjejak najis anda, sehinggalah kepada anak lelaki anda yang sedang mengambil kelas-kelas penerbangan di sini di UK.

Jadi anda melihat, jangan cuba korek rahsia tentang mana orang lain dapat duit. Bila kami korek di mana anda mendapatkan wang anda, dan bagaimana anda mampu untuk menjalani gaya hidup anda yang sangat mahal, kemudian anda pulak susah nanti.

Khairy Jamaluddin hendak memulakan perang terhadap saya juga? Baik, brader. Anda mahu mendedahkan jenayah -- biarkan kami dedahkan satu jenayah. Adakah anda hendak tahu apakah dia jenayah yang sebenar? Jenayah yang sebenar adalah menjual komponen nuklear untuk negara-negara penyangak seperti Libya.

Satu lagi perkataan keluar dari mulut Khairy dan najis ini akan terbongkar. Saya akan terbitkan ia di sini dalam Malaysia Today bukti-bukti ahli keluarganya terlibat dalam aktiviti-aktiviti pengganas. Ini akan menjadi dokumen-dokumen Kementerian Dalam Negeri yang bertanda RAHSIA. Kemudian kita lihat siapa yang akan diekstradisi. Amerika Syarikat mungkin akan jadi memfailkan kertas kerja mengekstradisi terhadap keluarga Abdullah Ahmad Badawi daripada Malaysia memfailkan kertas kerja mengekstradisi terhadap RPK.

Nak lawan, mari kita lawan. Lawan tetap lawan. Lawan sampai tumbang. Berani tak?

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers