Umno perlu melakukan transformasi politik dengan cepat dan lancar seiring dengan transformasi, kata Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yasin.
Beliau berkata Umno memandangkan kini berada pada tahap tidak lancar dan keadaan itu agak kritikal untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Pada masa ini, badan bukan kerajaan agak lebih lantang memperjuangkan hak orang Melayu walaupun hal itu pada hakikatnya agenda Umno, kata beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri.
“Umno sepatutnya sudah berubah tetapi lambat. Umno ibarat kapal lama. Kita tidak dilihat bergerak lancar jadi ini lebih kritikal jika hendak menghadapi pilihan raya umum ke-13 .
“Kalau Umno tidak berubah , ada orang yang akan ubah kita. Mereka akan ambil alih peranan kita, ” katanya dipetik Bernama ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Putrajaya.
Muhyiddin berkata Umno tidak mempunyai banyak masa lagi untuk membuat perubahan dengan memahami dan menghayati kemahuan serta cita rasa rakyat supaya terus menyokong parti.
0 comments