Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - political concern - Suara Keadilan akan terus diterbitkan ?

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat PRK akan menerbitkan akhbar mingguannya Suara Keadilan minggu ini seperti biasa meskipun Kementerian Dalam Negeri tidak memperbaharui permit penerbitan yang luput Rabu lepas.

Pengarah Strategi PKR Tian Chia dan Editor Suara Keadilan Dzulkarnain Taib mengesahkan yang akhbar itu akan diterbitkan kemungkinan esok ataupun lusa.

"Biasanya Suara Keadilan akan diterbitkan pada Selasa jika tiada halangan akan diterbitkan esok seperti biasa ” kata Dzulkarnain.

“Sebagaimana dikatakan oleh Tian Chua, saya merasakan parti mendapati Kementerian Dalam Negeri ada niat jahat kerana tidak memperbaharui permit, ” kata beliau.

Chua ketika ditemui di lobi Parlimen pagi tadi berkata penerbitan akan diteruskan seperti biasa memandangkan keputusan kementerian masih belum jelas dalam soal memperbaharui permit.

“Apa yang kerajaan maksudkan tidak jelas apabila mereka mengatakan bahawa permit tidak boleh diperbaharui tetapi penerbitan tidak diharamkan, ” katanya.

“Kami akan terus mengeluarkan sehingga satu keputusan dibuat ” kata Chua.

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers