Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - political concern - Dewan Rakyat double standard?

Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen diminta menjelaskan kepada Speaker Dewan Rakyat mengenai kos astaka Malaysia di Ekspo Dunia di Shanghai baru-baru ini, yang mengelirukan.

Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, jawapan itu perlu sebelum Ng dirujukkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana memberi jawapan berbeza-beza.

Perkara itu timbul apabila Teresa Kok (DAP-Seputeh) mencadangkan demikian.

"Kita perlu pastikan betul atau tidak ada niat untuk mengelirukan dewan, tapi saya rasa dalam kes ini saya tidak rasa kementerian berniat untuk mengelirukan dewan," katanya.

Kementerian dalam jawapan bertulis kepada Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah)pada 15 Jun lepas, menyatakan kos membina astaka itu ialah RM35 juta, sedangkan dalam jawapan kepada usul penangguhan yang dibawakan oleh Kok semalam, Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Dr James Dawos Mamit memberi jawapan bahawa kosnya adalah RM20 juta.

Tindakan Pandikar Amin memberi peluang kepada Ng menyebabkan Azmin Ali (PKR-Gombak) bangkit mempersoalkan kenapa peluang serupa tidak diberikan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang terus dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mendakwa syarikat Apco Worldwide mempunyai kaitan dengan konsep 1Malaysia.

"Kenapa prinsip yang sama tidak digunakan dalam kes Yang Berhotmat Permatang Pauh (Anwar)? Kenapa dewan ini mengamalkan double standard?" kata Azmin.

Soalan itu bagaimanapun disangkal oleh Pandikar Amin yang menjelaskan bahawa Anwar telahpun diberi peluang untuk membuat penjelasan mengenai isu kenyataannya mengenai Apco.

Tambahan lagi, bukan beliau atau mana-mana timbalannya yang membuat keputusan untuk merujuk Anwar kepada jawatankuasa berkenaan, kerana Dewan Rakyat sendiri yang mengambil ketetapan untuk beliau dirujuk kepada jawatankuasa itu.

Pertikaman lidah antara anggota Parlimen pembangkang dan penyokong kerajaan bertambah hangat selepas itu apabila Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan)melaung perkataan "binatang duduk" kepada anggota pembangkang menyebabkan Khalid Samad (Pas-Shah Alam) bangkit dan meminta Bung Moktar yang dirujuknya pula sebagai "Kinabinatangan" supaya menarik balik kata-katanya.

Perdebatan yang berlanjutan kira-kira sejam itu kemudiannya dihentikan apabila Pandikar Amin meminta Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) meneruskan perbahasan Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2010.

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers