Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - political concern - RPK: ..kalau begitu siapa yang harus dipercaya ?

Raja Petra Kamaruddin (RPK) memperlekeh dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau tidak wajar dipercayai sama sekali kerana menerima pembiayaan Pakatan Rakyat selama ini.

Sambil merujuk rganisasi media di Malaysia yang kebanyakannya sama ada dimiliki atau dikawal komponen Barisan Nasional (BN) yang menerajui kerajaan pusat, penulis kontroversi Malaysia Today ini menyangkal pandangan Perdana Menteri bahawa sokongan politik bermakna seseorang itu ketandusan kredibiliti.

“Kalau begitu bukankah New Straits Times disokong oleh Umno..., The Star oleh MCA ” kata beliau ketika ditemui di London semalam .

Ketika bercakap kepada The Malaysian Insider Raja Petra berkata kesemua organisasi media didokong oleh pelabur-pelabur dengan agenda tertentu sama ada ia memberi kesan langsung ataupun tidak ke atas hala tuju editorial masing-masing.

“Jadi adakah beliau mengatakan bahawa kita tidak harus mempercayai mana-mana media di Malaysia. ” katanya lagi.

Anggota kerabat diraja ini antara lain pernah membuat dakwaan terhadap Najib berhubung pembunuhan kejam wanita Mongolia Altantuya Shariibuu empat tahun lalu.

Ketika ditanya sama ada beliau menerima sebarang wang daripada Pakatan Rakyat Raja Petra menjawab “saya cuba menjana sumbangan kepada Pakatan bukannya menerima daripada mereka.”

Raja Petra berkata, itu sebabnya beliau ingin melihat wujudnya sistem dua parti di Malaysia berbanding hegemoni BN yang memerintah sejak lima dekad lalu.

Ketika bercakap kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Pekan semalam Najib berkata beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Raja Petra.

Malah menurut Najib, rakyat juga tidak perlu lagi menerima bulat-bulat apa saja dakwaan yang dibuat pengendali blog berkenaan .

Kalau Raja Petra ditaja pembangkang bererti apa yang didakwa adalah berbaur politik jadi kita mesti mengkajinya dan jangan terima bulat-bulat apa yang didakwa menerusi blognya ” kata Najib.

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers