Datuk Ibrahim Ali menyifatkan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin membawa “pemikiran seperti budak sekolah” kerana menyerangnya tidak tentu pasal sejak kebelakangan ini.
“Saya tidak mahu buang masa dengan budak Khairy ni... melatah tidak tentu pasal. Saya tidak tahu kenapa dia serang dan kaitkan saya macam-macam dan terbaru semalam dia kaitkan Wee Choo Keong Ahli Parlimen Wangsa Maju dengan saya pula, ” kata Presiden Perkasa itu.
Semalam Khairy menyifatkan Choo Keong sebagai wakil rakyat “substandard” dan mirip Ibrahim versi Cina.
Khairy berkata: “Kualiti Wee Chee Keong mencela sangat teruk. Saya merasakan beliau seorang wakil rakyat substandard. ”
Ibrahim berkata sikap Khairy itu langsung tidak menggambarkannya sebagai seorang pemimpin muda yang bijak.
“Dia Khairy banding dan tuduh saya macam cakap saya berfikiran cetek seolah-olah dia mempunyai pemikiran global. Adakah ini sikap sebagai seorang pemimpin muda. Dia tidak sesuai untuk jadi ketua dengan otak budak sekolah itu, ” katanya.
"Kalau nak cakap soal peribadi dia pun saya tahu. Nak saya bongkar. Khairy ini siapa ? Kalau setakat jadi Ketua Pemuda Umno sebab bapa mertua buat apa... Sejak dia jadi ketua pun Pemuda Umno nampak lesu jadi lebih baik dila letak jawatan gantikan dengan orang lain ” tegasnya.
0 comments