Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - political concern - pru 13 diadakan lebih awal

Indikasi telahpun dibuat oleh Perdana Menteri bahawa pilihan raya umum ke-13 akan datang akan mengejutkan semua pihak.

Apa yang sebenarnya dimaksudkan "mengejutkan semua pihak" oleh Datuk Seri Najib Razak hanya beliau sendiri yang lebih mengetahuinya, namun ia ada petanda awal bahawa pru ke-13 akan diadakan sebelum cukup tempoh lima tahun pru ke-12 berlangsung.

Ini bagi membolehkan Najib mendapat mandat rakyat sepenuhnya kerana mandat sekarang adalah hasil daripada pru ke 12 yang diberikan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa menjadi Perdana Menteri.

Najib memerlukan kemenangan besar pada pru ke-13 bagi merubah persepsi sebahagian rakyat yang telah berubah pendirian menyokong Pakatan Rakyat.

tBeberapa ahli politik, berpendapat Najib akan membubarkan Parlimen pada akhir 2011 untuk membolehkan pru ke 13 diadakan.

Walaupun Najib berkata kerajaan tidak akan membubarkan parlimen untuk mengadakan pru semata-mata berdasarkan pada satu pendapat bahawa semakin ramai rakyat menyokong beliau, namun itulah yang sentiasa diharapkan oleh mana-mana pemimpin dunia sebelum membubarkan parlimen.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, turut menyarankan agar pru diadakan memandangkan tinjauan menunjukkan sokongan kepada beliau semakin meningkat sejak menjadi Perdana Menteri pada April tahun lepas.

Kajian Merdeka Centre for Opinion Research menunjukkan 72 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan prestasi Najib berbanding 69 peratus semasa beliau mula menjadi Perdana.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula berkata, PM berhak membuat keputusan sama ada pru akan datang perlu diadakan awal atau tidak.

"Yang penting PM buat keputusan bersandarkan kehendak rakyat. Sekiranya apa yang kita (BN) janjikan itu dapat ditunaikan dan rakyat dapat merasainya, esok pun boleh buat pilihan raya," katanya.

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers