Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - political concern - Junaidi cadang Tian Chua masuk penjara

Kenyataan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar agar Ahli Parlimen Batu, Tian Chua pilih masuk penjara untuk elak hilang kerusi kurang boleh difahami motifnya.

Apakah benar cadangan itu boleh mengelak Tian Chua hilang kelayakan anggota Parlimen. Bukankah kalau dipenjarakan, maka lucut kelayakan Ahli Parlimen. Apapun bacalah sendiri laporan Malaysiakini...

Junaidi berkata Tian Chua boleh memilih untuk menjalani hukuman penjara dua bulan jika beliau tidak mahu kehilangan kerusi parlimennya itu.

Beliau berkata, memandangkan Tian dijatuhi hukuman penjara dua bulan atau denda RM2,000, maka memilih dipenjara boleh mengelakkan persoalan kelayakan Tian sebagai ahli parlimen.

Tian, yang menang kerusi parlimen Batu dalam pilihan raya umum 2008, didakwa mengikut Seksyen 32 Kanun Keseksaan, kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada angggota polis yang sedang bertugas.

Oktober lepas, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhi hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas Tian. Beliau membuat rayuan dan Mahkamah Tinggi mengekalkan sabitan tersebut tetapi mengurangkan hukuman kepada denda RM2,000 atau dua bulan penjara.

Sejak itu, ia telah menjadi bahan perbahasan, sama ada jumlah denda tersebut terangkum di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan bahawa sesebuah kerusi parlimen itu akan menjadi kosong jika wakilnya disabitkan oleh mahkamah dan dikena denda "tidak kurang daripada RM2,000."

"Jika Tian Chua memilih untuk menjalani hukuman (dua bulan) penjara, isu ini tidak akan berbangkit," kata Junaidi.

Sementara itu, katanya, pejabat Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sedang menunggu keputusan rasmi Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ghazali Cha.

Speaker akan mengkaji penghakiman Ghazali sebelum memutuskan sama ada untuk membawa kes Tian itu untuk dibahas di Dewan Rakyat.

Memetik kes Fan Yew Teng yang dibatal kelayakannya sebagai Ahli Parlimen Menglembu pada 1975 selepas dirujuk kepada jawatankuasa hak Parlimen selepas disabitkan kesalahan hasutan, Junaidi berkata "Speaker tidak mempunyai kuasa untuk mengosongkan kerusi tersebut."

Menurutnya, Dewan yang boleh berbuat demikian, bukannya Speaker.

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers