Perkasa ternyata tidak demokratik apabila sekali lagi membidas pengundi Cina pada prk Parlimen Sibu yang didakwanya tidak menghargai janji-janji UBN dan penyebab kekalahan BN.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata pengundi Cina di Sibu tidak menghargai janji projek dan bantuan kewangan oleh PM DS Najib Razak ketika kempen prk itu.
Pakatan melalui DAP merampas kerusi Parlimen Sibu dari BN yang menguasainya lebih 28 tahun. Semasa keputusan prk Hulu Selangor sebelum ini, Ibrahim turut mendakwa sokongan pengundi Cina kepada BN merosot, walaupun BN menang.
Ibrahim meminta BN mengkaji semula janji bantuan kewangan dan projek pembangunan pada masyarakat Cina.
Ibrahim sebenarnya masih dalam mimpi kerana menganggap keputusan prk Sibu sekadar satu pengajaran bagi memotivasikan kaum Melayu dan Bumiputera agar lebih bersatu padu, sedangkan realitinya ia memerlukan sokongan semua bangsa.
Faham-faham lah yer ... Ibrahim tidak turun berkempen di Sibu. Mungkin Ibrahim tidak dibenarkan UBN untuk turun berkempen..
Sebenarnya, Ibrahim sendiri pun belum tentu nasibnya pada pilihanraya umum ke -13 nanti. Setakat ini UBN belum offer untuk dia sertai... samalah nasib dengan pelompat jarak dekat Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu Sdr Zulkefli Nordin, Ahli Parlimen Bayan Baru DS Zahrain Hashim, Ahli Parlimen Bagan Serai Sdr Mohsein... itulah yer ibarat itik tak sudu, ayam tak makan.
0 comments