Pakatan Rakyat/DAP mencipta sejarah dengan merampas kerusi Sibu yang menjadi kubu kuat BN sejak 28 tahun lepas apabila Wong Ho Leng diumumkan sebagai pemenang pada prk Parlimen Sibu.
Wong mendapat 18,845 undi, manakala calon BN Robert Lau Hui Yew - 18,447 undi dan bebas, Narawi Haron sekadar 232 undi. Undi rosak sebanyak 395.
Semasa pengiraan awal DAP terus mendahului BN dengan jumlah yang besar (satu ketika dengan majoriti lebih 3,000 undi) dan semasa 110 daripada 111 saluran selesai dikira, memperolehi 18,775 undi, manakala BN 16,124 undi.
Bagaimanapun majoriti besar itu susut dengan katera selepas undi pos dikira. Daripada 2,827 kertas undi pos yang dikeluarkan, BN memperolehi 2,323 undi, DAP 70 dan Bebas 36. Sebanyak 208 kertas undi ditolak dan 190 tidak dipulangkan.
Undi pos, yang lazimnya diumumkan awal iaitu sebagai saluran pertama, hanya selesai dikira sekitar pukul 10 malam dan terakhir sekali diketahui. Nampaknya ia jelas menjadi senjata tajam penentu kemenangan BN pada setiap pilihan raya.
Kemenangan Pakatan Rakyat/DAP ini menakutkan BN kerana ia dilihat sebagai sokongan moral kepada PR menghadapi pilihan raya umum negeri Sarawak dalam waktu terdekat ini.
Sebelum itu, BN diwakili TPM TS Sri Muhyiddin Yassin dijadual mengadakan sidang media di sebuah hotel telah membatalkanya apabila menyedari akan kalah, malahan terus berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Muhyiddin terpaksa menelan kata-kata besarnya.
0 comments