Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - political concern - PELAWAAN BOLLYWOOD ZAMBRY BUKTI ORANG MUDA TIDAK MENYOKONG UMNO

DS Zambry Abdul Kadir mengajak Pemuda PAS di Perak menyertai Umno. Kelakar lawak Bollywood.

Sesungguh itulah bukti jelas bahawa barisan Pemuda di Perak kini lebih ramai menyertai PAS sehingga menimbulkan kegusaran MB lantikan mahkamah itu.

Zambry berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Pemuda PAS Perak bahawa Umno Perak kini lemah dan tenat apabila perasmian serentak mesyuarat Umno Cawangan tidak mendapat sambutan.

Zambry semestinya bimbang kerana barisan pelapis dalam Umno kini semakin menipis dan ia hanya didokong oleh golongan yang veteran. Umno semakin tidak mendapat pengaruh di kalangan pemuda bukan sahaja di Perak, malahan di seluruh negara.

Umno kurang sensitif akan kehendak dan aspirasi Pemuda. Umno seringkali mendesak pemuda mengikut jaluran kehendak mereka termasuk mengheret para pelajar agar memenuhi undangan kehadiran bagi majlis anjuran UBN.

Kempen Orang Muda Geng Kita juga ternyata membuahkan hasil dan menarik minat golongan muda mendekati PAS. Zambry sudahpun merasakan tempias daripada perubahan sikap generasi muda ini sehinggakan kebanyakan majlis anjuran UBN di Perak dipaksa kehadirannya.

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers