Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - political concern - BUDAK SEKOLAH DIHERET HADIR MELAYU BANGKIT ?

Himpunan 'Melayu Bangkit' yang dijadual dihadiri Tun Dr Mahathir Mohamad di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu esok telah ditangguhkan ekoran nasihat PM DS Najib Razak.

Pengerusi Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak), Razali Idris berkata penganjur bersamanya, Institut Integriti Malaysia (IIM) Terengganu telah meminta perhimpunan itu ditangguhkan.

Sebelum itu, Pengerusi IIM, Datuk Dr Mohd Tap Salleh melahirkan rasa sedih dan kesal jika IIM Terengganu terbabit dengan himpunan ‘Melayu Bangkit’ di Kuala Terengganu, esok. Ia ternyatalah benar-benar terbabit.

Namun agar menghairankan bagaimana Pengerusi IIM tidak mengetahui hal itu ? Tetapi dalam pada itu Dr Tap tersasul berkata ada terima jemputan agar hadir pembentangan kertas kerja oleh mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad. Punya ler turrr...

Ada seorang cikgu dari Tegganu habak, pada mulanya dia diarah heret budak-budak sekolah dia ke program itu, tetapi sat-sat dikensel. Benarlah Melayu dah tak jadi bangkit kot kerana bimbang gak nanti jadi rusuhan atau apa-apa ke masa Melayu Bangkit... susah budak-budak sekolah itu.

Itulah perangai UBN... nak meramaikan orang... heret bebudak sekolah. Fuhhhh.

Akhirnya Melayu Bangkit ditangguhkan. Sebelum ini penganjur menerima desakan agar membatalkan bukan sahaja daripada PAS, tetapi juga komponen UBN iaitu MCA.

Dr Tap berkata demikian selepas menerima memorandum bantahan Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mengenai hal itu.



0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers