semasa dalam perjalanan melalui jalan baru grik - kupang petang tadi. saya terserempak dengan kemalangan membabitkan proton waja ini yang terbabas pada kira-kira jam 3.20 petang. kenderaan ini sedang dalam perjalanan ke arah Grik.
Beberapa orang cuba mengeluarkan pemandu yang berusia dalam lingkungan 40an daripada tempat duduk tetapi gagal, sehinggalah anggota bomba dan ambulan tiba di tempat kejadian.
Pemandu berkenaan kelihatan tidak cedera parah. Bagaimanapun kenderaannya yang dikatakan terbalik dan berpusing sebanyak empat kali mengalami kerosakan teruk.
0 comments