Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - political concern - POLIS AKAN SIASAT ANCAMAN BUNUH TERHADAP TGNA

Polis akan menjalankan siasatan dan mengguna pelbagai kaedah dan cara bagi mengesan individu yang menyiarkan ugutan bunuh terhadap Mursyidil Am Pas TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Zulkarnain Abdul Rahman berkata kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.
Beliau berkata demikian semasa mengesahkan menerima laporan polis terhadap ugutan bunuh oleh seorang lelaki terhadap TGNA yang disiarkan melalui laman Facebook lelaki berkenaan.

Sebelum itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi, membuat laporan polis berhubung kenyataan lelaki itu.

Nasrudin membuat laporan itu di Balai Polis Chow Kit selepas membaca ugutan bunuh itu di laman Facebook lelaki berkenaan, Mohd Safuan Mohd Hilmi, Khamis lepas.

"Dalam laman FB, Hilmi dikatakan sanggup dihukum gantung jika dapat membunuh TGNA," katanya sambil menegaskan bahawa PAS menganggap ancaman bunuh itu sebagai perkara yang sangat serius kerana ia membabitkan keselamatan dan ugutan.

"Sehubungan itu, Pemuda PAS menggesa polis mengambil tindakan segera bagi menyiasat perkara ini agar dapat mengekang budaya mengugut dan mengancam keselamatan .

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers