"Rais Yatim sebenarnya bapa terbesar hipokrit".
Begitulah kata-kata Tamrin, anak bekas TPM Tun Ghafar Baba ketika ditanya mengenai kenyataan menteri berkenaan bahawa beliau tidak mirip ayahandanya itu ekoran berada di pentas Pakatan Rakyat sewaktu kempen Prk Parlimen Hulu Selangor, baru-baru ini.
Katanya beliau hadiri program Pakatan itu semata-mata untuk mendengar nasihat Mursyidul Am PAS, TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang beliau anggap sebagai tokoh sejak menjadi Exco Pemuda Umno Malaysia lagi.
Manakala keputusan duduk sepentas dengan Ketua Umum PKR, DS Anwar Ibrahim pula, katanya sekadar memenuhi pelawaan seorang sahabat lama.
Selama bersama-sama Umno, kata Tamrin, beliau tidak pernah menyerang kepimpinan parti... tidak seperti mana Rais.
"Pada saya, Rais ini ialah 'bapa terbesar hipokrit',.Yang sebenarnya, saya tak pernah pun keluar dari Umno macam Rais Yatim," tegasnya
Rais ketika menyertai Semangat 46 dahulu katanya, ternyata mengkritik kepimpinan tertinggi Umno khususnya Tun Dr. Mahathir Mohammad.
"Tak ada ada dalam sejarah, saya membakar jambatan pertalian dengan Umno, tetapi Rais masa Semangat 46 dulu serang kepinpinan Umno hingga bakar jambatan".
"Akhirnya beliau sendiri menjilat semula tangan Mahathir kerana nakkan jawatan," katanya.
0 comments