Kemelut MCA belumpun reda, kini sebuah lagi komponen MIC bergolak apabila Presiden MIC memecat V Mugilan daripada jawatan Timbalan Ketua pemuda MIC, ekoran kerap kali mengkritik dan mencabarnya.
Pemecatan itu dibuat selepas DS S Samy Vellu berunding dengan timbalannya, Datuk G Palanivel. Perkara itu turut disahkan Ketua jawatankuasa disiplin MIC Tan Sri KS Nijhar.
Pemecatan Mugilan tidak mengejutkan kerana dia sering mengkritik pucuk pimpinan, manakala Samy Vellu pula pantang dikritik.
Kedudukan Mugilan menjadi panas semasa prk parlimen Hulu Selangor yang lalu, apabila namanya dicadangkan menjadi calon (oleh UBN) sedangkan MIC pada mulanya mencalonkan Palanivel. Namun akhirnya Kalamanathan yang menjadi calon UBN.
Mugilan antaranya turut mencabar Samy Vellu berdebat secara terbuka pada Ahad ini untuk membuktikan sepanjang menerajui MIC, Samy Vellu gagal menaikkan taraf hidup masyarakat India.
0 comments