Tan Sri Dr Harussani Zakaria menyifatkan tindakan kerajaan Umno/BN meluluskan lesen judi pertaruhan bola sepak sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia, sebagai satu perbuatan menentang hukum syarak.
Mufti Perak itu yang pada kebanyakan waktu membuat kenyataan agak kontroversi dan berbau politik yang memihak kepada Umno pada kali ini melahirkan rasa duka cita lantaran kerajaan Umno BN menghalalkan perkara yang terang-terang haram.
Beliau tidak lagi dapat berselindung apabila berkata, pemimpin beragama Islam yang terbabit dalam meluluskan lesen judi itu, sebagai bersyubahat mengikut peruntukan hukum syarak.
“Saya dukacitalah, kerana kerajaan meluluskan judi, kerana judi ini haram dalam Islam. Jadi, kita meluluskan judi seolah-olah kita menghalalkan judi sedangkan ia haram di sisi Islam. Perbuatan ini sepatutnya dihindari.”
"Umat Islam terlibat dalam aktiviti ini, hukumnya tetap haram walaupun kerajaan Umno-BN bertindak menghalalkannya, " tegas beliau.
“Jadi apa hukumnya orang Islam terlibat dalam aktiviti tidak bermoral ini? Kalau orang Islam terlibat, hukumnya haram. Orang Islam yang terlibat hukumnya haram walaupun aktiviti dihalalkan oleh kerajaan,” katanya.
Tindakan pimpinan kerajaan Malaysia tidak wajar kerana kelulusan lesen judi ini hanya menggalakkan rakyat berjudi sedangkan Umno/BN war-warkan bahawa Malaysia ialah sebuah negara Islam.
0 comments