Ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Cho Keong yang sering berdolak dalik mengenai kedudukannya sebagai anggota PKR hari ini bertindak keluar daripada parti itu.
Beliau mendakwa berkuatkuasa hari ini beliau menjadi ahli bebas.
Wee, sebelum ini kerap kali menyalahkan wartawan apabila diajukan soalan mengenai perkara itu.
“Anda tahu segala-galanya. Kenapa perlu bertanya lagi? Anda lebih mengetahui, mengapa tidak anda siarkan berita itu terlebih dahulu?” katanya.
Beliau juga menyerang media baru yang dilabelkannya sebagai tidak bertanggung-jawab dengan berkata: “Saya akan hanya bercakap dengan media tertentu kerana sesetengah media adalah tidak bertangung-jawab.
Sebenarnya kini terbukti Wee yang berdolak dalik untuk kepentingan peribadinya.
0 comments