Adalah sepertimana pernah ditulis sebelum ini, bahawa ibarat sudah terang lagi bersuluh, Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah memilih Datuk Zaid Ibrahim sebagai calonnya bagi PRK Hulu Selangor pada 25 April.
Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Zaid mewakili Pakatan Rakyat dalam mesyuarat biro politik parti itu. Pengumuman rasmi akan dibuat malam ini di Serendah.
Anwar yakin Zaid adalah pilihan terbaik daripada senarai tiga nama yang dicadangkan, selain pakar saraf, Dr Halili Rahmat dan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud.
Berdasarkan tinjauan rambang peringkat akar umbi menunjukkan bahawa Zaid yang dilihat sebagai pejuang perubahan sistem kehakiman mampu menarik pengundi Cina.
0 comments