Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - social concern - APCO DIBAYAR RM77 JUTA

Adalah sesuatu yang amat mengejutkan dan menghairankan mengapa kerajaan pimpinan DS Najib Tun Razak sanggup mengadai maruah negara dengan membayar RM77 juta kepada firma perunding perhubungan Apco Worldwide.

Mengadai maruah negara kerana syarikat berkenaan dilaporkan berpengkalan di Tel Aviv dan telah melaksanakan program yang sama di Indonesia. Ia sekadar satu penciplakan program. Apakah tiada syarikat tempatan yang mampu melakukannnya.

Perkara ini disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz di Dewan Rakyat bahawa Apco Worldwide dibayar hampir RM77 juta. Antara tugas Apco pastinya melaksanakan program memulihkan imej negara di mata dunia dan mengadakan pertemuan antara Najib dan Barrack Obama, presiden Amerika Syarikat.

azlanDalam jawapan bertulisnya kepada Tian Chua (PKR-Batu), amaun yang Nazri umumkan itu adalah dua kali ganda daripada yang dilaporkan sebelum ini.

Tian Chua merujuk laporan akhbar yang memetik Nazri, sebelum ini sebagai berkata jumlah yang dibayar kepada Apco berjumlah RM28 juta.

Bagaimanapun dalam jawapannya berhubung soalannya itu, Nazri berkata jumlah yang dibayar kepada Apco bernilai US$24 juta.

"Tukarkan jumlah itu dalam ringgit dan anda akan mendapat hampir RM77 juta."

NONETian Chua berkata jumlah itu adalah untuk bayaran selama setahun.

Tian Chua melahirkan rasa tidak percayanya bahawa jumlah wang yang sebegitu banyak dibayar kepada firma asing sedangkan syarikat tempatan juga mampu melakukan tugas yang sama.

"Adakah perkhidmatan Apco begitu istimewa yang memerlukan bayaran sebegitu tinggi? Kenapa tiada syarikat tempatan diambil. Saya pasti firma tempatan mampu melakukan kerja itu,” katanya lagi.

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers