Kepinggiran orang Melayu Pulau Pinang dan pelbagai isu negatif yang berbangkit masa kini adalah bukti jelas kesilapan, keboborkan dan kegagalan pemerintahan Umno-BN selama lebih 50 tahun.
Ia jelas mengambarkan bahawa Umno/BN gagal menguruskan Pulau Pinang dengan baik, dan bukan kerana sikap atau tindakan kepimpinan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang baru berusia dua tahun.
Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf berkata bukan sesuatu yang mudah untuk membawa perubahan di Pulau Pinang selepas Pakatan Rakyat mengambilalih segala kebobrokan yang ditinggalkan rejim Umno/BN selepas mereka memerintah lebih 50 tahun.
"Isu yang ditimbulkan (pelbagai pihak termasuk Umno) menggambarkan satu cabaran untuk mengurus politik Pulau Pinang. Dalam masa 50 tahun pelbagai usaha, sumber, dana dan politik telah pergunakan oleh Umno tetapi gagal membela nasib orang Melayu.
“Umno/BN, sebaliknya, kini menuding jari kepada Pakatan Rakyat dengan mendakwa kerajaan negeri sekarang gagal membela nasib Melayu di Pulau Mutiara.
"Saya meminta pemimpin Umno di Pulau Pinang, terutama Pengerusi Perhubungan Umno, DS Zahid Hamidi (yang membuat pelbagai tuduhan) supaya mencermin diri sendiri. Jangan lagi menipu orang Pulau Pinang, kerana orang Pulau Pinang telah cukup menderita. Sekarang mereka memberi ruang dan tanggungjawab kepada kepimpinan baru.
“Umno telah gagal menyelesaikan masalah Melayu di Jelutong, maupun di Balik Pulau (setelah diberi peluang lebih 50 tahun), dan hari ini Pakatan Rakyat mendepaninya. Bagi saya apabila Umno bangun menempelak Pakatan Rakyat yang dikatakan gagal (hanya dalam masa dua tahun memerintah) membela nasib Melayu, ia ibarat menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri.”
0 comments