Semua enam ADUN Umno/BN tidak mengundi menyokong usul untuk membawa tuntutan royalti minyak kepada Kelantan ke mahkamah ketika ia dibentangkan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Isnin lalu.
Juak-juak Umno mudah sahaja menjawab: " Tak undi menyokong usul kerana tak hadir."
Alahai dah tau usul itu akan dibentangkan kenapa tak hadir.
Ketua Pembangkang, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) berkata, kesemua Adun Umno tiada dalam dewan ketika usul itu diluluskan pada sebelah petangnya.
Berikutan itu, jelasnya, kesemua ADUN Umno/BN tidak mengundi menyokong usul dengan tambahan tersebut kerana mereka tidak hadir di dewan.
Tergelak mendengar jawapan lawak Adun Umno ini.
0 comments